banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday 29 September 2009

UMNOLAH PARTI ISLAM SEBENARNYA..kah..kah..kah



Kat mana  yang dikatakan Umno parti Islam?


dekat mulut pemimpin?
Keranana membina Masjid?
kerana ada Universiti dan Bank Islam?
kerana orang bebas sembahyang?
Kerana lambang Umno?

Kat mana yang dikatakan Malaysia Negara Islam?

Kerana Malaysia ada Masjid? (United Kingdom ada)
Kerana orang bebas sembahyang (United Kingdom bebas)
Kerana Perdana Menterinya Islam,maka boleh dipanggil Negara Islam?
Kerana penduduknya ramai beragama Islam? Cina ramai Islam dan Amerika pun ramai Islam.

Sudah menjadi kebiasaan mana-mana pemimpin pemimpin Negara ini,mereka perlu menjadikan Islam sebagai alat untuk  menarik perhatian orang-orang melayu Islam di Negara ini.

 1.Dato Sri najib pernah menyatakan Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan lebel Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Negara ini,dan mengenengahkan dailog Ulama dan Umara

2.Zaman Pak Lah dia memperkenalkan Islam hadhari di Negara ini.

3.Tun Mahathir dengan penerapan nilai-nilai Islam.

4.TunHussin Onn dengan program bulan dakwah.

Tidak hairan la kepada kita semua dikalangan pemimpin Umno cuba membina imej mereka sebagai pejuang Islam.

 Sudah menjadi kebiasaan kepada pemimpin Umno apabila bercakap di tempat yang penduduknya kuat Agama,pasti akan mengikut suasana,mengambil rasmi sumpah-sumpah,kalau pokok hijau dia bertukar hijau,kalau pokok kuning dia bertukar kuning...sesumpah la katakan.

Tun Mahathir pernah menyebut dalam bukunya"Malay Delema"bahawa Kerajaan BN membuat projek Islam hanya untuk meraih undi sokongan orang melayu dan Islam kepada Umno dalam pilihanraya.


Atas asas apa yang pemimpin Umno mendakwa Umno adalah parti Islam?

Yang aku tau..
1.Umno tolak Hudud bererti tolak Islam.
2.Dalam isu murtad Umno membisu.
3.Apabila Majlis Mufti mengatakan program sure heboh haram Umno tidak ikut.
4.Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi Raya haram Umno tak ikut.
5.Apabila Majlis Mufti mengatakan bertafakur dihadapan Tugu Negara haram Umno tak ikut.
6.Apabila Mufti membantah penggunaan kondom,methadon untuk mengelak penyakit Aids,Umno tak ikut.
7.Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM,Umno tak ikut.
8.Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih Majlis Kerja Tertinggi orang kelulusan agama.
9.Sepatutnya Umno meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati Kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam.

Dalam mentadbir Negara Umno mengenepikan Islam bahawa Islam tidak boleh dicampur dalam membangunkan Negara.Dan mereka akan meminggirkan ulamak mereka dalam mentadbir kedunian ini.

Kemana perginya ulamak-ulamak Umno?
Seperti....

Dr Hamid Othman,Dr Yusuf Nor,Dr Abdullah Mohd Zin,Dato Zainal Abidin Abdul Kadir,Dato Awang Jabar,Dato Firdaus Ismail,Dato Nakhaei Hj Ahmad,Muftafa Taib,Dato Dasuki Ahmad,Mohd Nor Idris,Dato Wan Mokhtar Ahmad,Ustazah Sharifah Dora,Dato Mashitah Ibrahim dan ramai lagi.

Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno.Semua mereka ini sudah menjadi"kupang tembaga"jelas memang orang agama dalam Umno hanya"boneka Umno"dan"kuda tunggangan Umno."

Yang jelas Umno bukan parti Islam tetapi parti kebangsaan yang memperjuangkan bangsa Melayu tetapi itu pun hampeeh!!Melayu entah kemana,Pada era sekarang Umno telah mula menukar perjuangannya daripada membela Melayu kepada Membela Perut .Kalau tak caya Tanya orang Umno ..he..he..he tak gitu?


Dan Islam yang dilaung-laungkan oleh Umno itu adalah Islam palsu aka plastik hanya untuk menarik perhatian melayu yang masih ngok ..




CUPING: Plastik tetap plastik takkan menjadi Tembaga..menjadi sampah ada laa...

2 comments:

carisinar said...

UMNO tidak pernah menolak HUDUD ciptaan ALLAH

Yang ditoal hanya HUDUD BID'AH ciptaan PAS

HUDUD PAS penuh dengan tokok tambahnya dari HUDUD yang disyariatkan oleh ALLAH

Yang menjadi keharainannya mengapa HUDUD BID'AH PAS SEHINGGA SEKARANG TIDAK DILAKSANAKAN

Mengapa kemudiannya HJ Hadi membuat kenyataan bahawa hudud hanyalah 0.0001% dari islam (1 per 1000)

Jelas pemimpin PAKATAN RAKYAT dan PAS telah berjaya memfasikkan pengikutnya.

labulabi said...

mungkin kamu juga bukan org2 yg beriman.

"wahai org2 yg beriman, perdamaikanlah dua saudara kamu yg bertelingkah itu."

kalau kamu org2 yg beriman, kamu tidak akan mempertikaikan perjuangan saudara-saudara kamu yg beragama Islam.

Ingatlah!!! Islam berjaya bukan kerana kelemahan saudaranya yang lain, tetapi Islam berjaya kerana perpaduan yang di pupuk oleh org2 Islam itu sendiri untuk memajukan Islam.

Kamu patut menukar perjuangan kamu dari mengkondemkan saudara Islam yang lain kepada cara bagaimana untuk memakmurkan Islam. itu lebih baik buat kamu, saya dan saudara Islam yang lain.

wasalam

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template