banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 25 September 2009

UMNO MEMPERGUNAKAN ISTANA?

Umno Pahang makin terdesak apabila mempergunakan istana untuk kepentingan politik mereka..baca disini 

Aku dah kata..disaat genting begini umno akan mempergunakan apa saja untuk kepentingan politik mereka,janji mereka akan terus berkuasa.
Untuk memperbetulkan keadaan..umno tidak akan melakukannya sebab parti ini terlalu ego dan tidak akan merendahkan diri bagi menarik kembali sokongannya  daripada rakyat,sebaliknya mereka akan menggunakan pihak tertentu yang mungkin akan dapat mempengaruhi rakyat.


Tapi malang bagi umno,walau apapun yang dilakukan rakyat sudah tahu menilai baik buruknya umno,sudah pasti rakyat lagi jijik dengan cara umno sekarang ini.


Rakyat tahu,sesiapa pun yang memerintah sudah pasti akan melaksanakan pembangunan.
Umno kata"tiada umno tiada jalan raya"
maka disini kita dapat lihat bahawa umno sajalah yang dapat mengadakan jalan raya,ini bermakna seluruh dunia ada parti umno.
Kalau Singapore tak der umno maka tiadalah jalan raya..begitu juga diseluruh dunia.


INGATLAH WAHAI ORANG UMNO ..APA PUN CARA YANG KAMU LAKUKAN SEMUANYA TIDAK AKAN KEKAL...
TIADA SESUATU YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH

51 comments:

Anonymous said...

PAKATAN NI KATA PENDUKUNG DEMOKRASI. SULTAN PUN ADA HAK UNTUK LUAHKAN APA YANG MEREKA INGINKAN.
INILAH PAKATAN HANYA GEMBIRA BILA DISOKONG ITULAH DEMOKRASI KATANYA TAPI KALAU DIBANGKANG MAKA DIKUTUK DAN BUKAN DEMOKRASI.
DIKELANTAN YANG DIJAJAH OLEH PAS LEBIH 2 DEKAD TU BEBAS MAKSIAT KE??? ... JANGAN SOMBONG SANGAT LAH.

HA SAPA BANGKANG PANDANGAN AKU? NAK BANTAH? APA LEH BUAT.. BANTAH LER TU MMG BUDAYA PAKATAN.

LEPAS NI ADA PANDANGAN YG AKAN SETUJU DENGAN CUPING!... SOKONG LER, TU MMG BUDAYA PAKATAN.

KALAU MEMBANGKANG PAKATAN MAKA BANTAHLER, KALAU SOKONG PAKATAN, MAKA PUJI2LAH MELANGIT

Anonymous said...

PAKATAN NI KATA PENDUKUNG DEMOKRASI. SULTAN PUN ADA HAK UNTUK LUAHKAN APA YANG MEREKA INGINKAN.
INILAH PAKATAN HANYA GEMBIRA BILA DISOKONG ITULAH DEMOKRASI KATANYA TAPI KALAU DIBANGKANG MAKA DIKUTUK DAN BUKAN DEMOKRASI.
DIKELANTAN YANG DIJAJAH OLEH PAS LEBIH 2 DEKAD TU BEBAS MAKSIAT KE??? ... JANGAN SOMBONG SANGAT LAH.

HA SAPA BANGKANG PANDANGAN AKU? NAK BANTAH? APA LEH BUAT.. BANTAH LER TU MMG BUDAYA PAKATAN.

LEPAS NI ADA PANDANGAN YG AKAN SETUJU DENGAN CUPING!... SOKONG LER, TU MMG BUDAYA PAKATAN.

KALAU MEMBANGKANG PAKATAN MAKA BANTAHLER, KALAU SOKONG PAKATAN, MAKA PUJI2LAH MELANGIT

Anonymous said...

Aku sokong ko.. Tak pernah nak setuju.. walaupun mereka gunakan kemudahan tersebut.. mereka tetap akan kata yang kemudahan tu membebankan mereka.. sedangkan mereka da gunakan banyak kali.. kalau tak suka jangan gunakan kemudahan tu.. misalnya sekolah.. kalau asyik nak membangkang kata macam2 tak payah hantar anak ke sekolah kerajaan.. hantar ke private.. kan senang..

CUPING MERAH said...

kalau bab sultan ni...kalau sokong pembangkang pun aku bangkang dan kalau dia sokong umno lagi aku bangkang...

raja kepada rakyat bukan kepada parti..

raja tak boleh kata apa2 tentang parti..tapi kalau nak bicara pasal parti turun aje takhta kita berparti.

kalau dikelantan belum bebas maksiat pun ,ini adalah angkara umno gak..kerajaan kelantan meminta perlaksanaan hudud di kelantan tetapi ditentang oleh kerajaan pusat..

ni mangkuk sama atau mangkuk(anon 2) lain..bodoh nak mampus!!

kau ingat sekolah tu bapakko yang punya ke?
ko ingat sekolah tu umno yang punya ke?

aku nak tanya..mana kerajaan dapat duit bina sekolah tu?

Pendokong Pakatan said...

Releks! Mr Cuping..

budak-budak ni baru nak kenal politik
kasi dia can bercerita...

Anonymous said...

kerajaan kelantan meminta perlaksanaan hudud di kelantan tetapi ditentang oleh kerajaan pusat?

KAH KAH KAH lawak ler ko ni cuping, ni ler namanyer otak letak kat lutut...

Cuping... kau tau tak, di Kelantan, wakil rakyatnya dari kalangan PAS. Wakil Rakyat juga dikenali sebagai Penggubal Undang2. ADA PAHAM?

Kat kelantan, dah dewan ADUN majoriti PAS nape tak dilaksanakan hudud?

Perlembagaan Malaysia tak pernah menghalang HUDUD dilaksanakan, ya kalau dewan PARLIMEN menolak sbb penggubal undang2 dalam PARLIMEN adalah dari BN, tetapi PAS kelantan masih menjalankan atau melaksanakan HUDUD di KELANTAN dengan menggubal undang2 NEGERI.

Sape nak kelentong sape nieee ha cuping.....

Anonymous said...

Titah baginda Sultan menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukan bererti masuk campur urusan politik! Pembangkang tidak berhak memanupulasi keadaan ini dan jangan bawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu ke peringkat yang rendah.

Kuasa untuk menyerahkan pentadbiran Negeri kepada pihak yang baginda yakini; dan dimasa ini adalah Barisan Nasional; adalah kuasa Baginda yang tidak layak dipersoalkan oleh penyokong pembangkang kerana itu adalah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pastinya apabila baginda yakin bahawa Barisan Nasional mampu untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri baginda, baginda sudah seharusnya menyeru dan bertitah kepada rakyat baginda bahawa kerajaan sekarang harus terus disokong.

Perkara yang sama akan dititahkan oleh Tuanku Sultan Kelantan dan Kedah (yang mana kedua-dua Negeri itu ditadbir oleh pimpinan Pas) jika sekiranya kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak baginda, melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat baginda.(Itu pun jika ada perkara yang baik dilakukan oleh pimpinan Pas disana!)

Anonymous said...

ALAHAI .CUPING...CUPING...CUPING...

KERAJAAN YANG BUAT SEKOLAH KO...MASJID KOO. BALAIRAYA KOO..

SEMUA RAKYAT BOLEH GUNA TAK KIRA KAU DARI PARTI APA PUN...

BESOOO DAPET PAHALOOO TUUU.

ADO PEMIMPIN TU DOK ASYIK SURUH KHADAM DIO AMBIL GAMBAR DIO MASA SEMBAHYANG SUBUH, SEMBAHYANG ZOHOR, SEMBAHYANG ASAR, SEMBAHYANG MAGRIB, SEMBAHYANG ISHA,, DAN MASO DOA ADA DUO TIGO TITIK AIR MATO MELELEH,, BUAT BANNER BESO2 GANTUNG TOPI SIMPANG..

INILAH DIO PEMIMPIM KITO DUNIO AKHRAT YANG TIADO BANDINGANNYA..

KALO PEGI KO MEKAH... PASTI IMAN BESO MASJIDIL HARAM LETAK JAWATAN BAGI KAT TOK GURU NI..

BANGGO DEN..

CUPING MERAH said...

oo ko kutok tok guru tu..

takpe tu hak ko rang

pasai tok guru tak sokong ko..ko kutok la no...

zali said...

cupin tanya : 'aku nak
tanya..mana kerajaan dapat duit
bina sekolah tu?'

duit rakyat le tuu...dari rakyat
untuk rakyat sebagai bukti
kerajaan bertanggungjawab
terhadap tugasnya.

bukan harap dapat duit dari
rakyat kemudian satu apa pun tak
buat...

yang sibuknya tangkap gambo
tengah menangis [pinjam ayat anon
16:10] kononnya dah cukup amanah
dan bertanggungjawab pada rakyat.

pasar pun macam sarang tikus!

CUPING MERAH said...

betul kata Zali peruntukan sekolah tu duit rakyat..termasukla duit aku dan korang semua..

anon ngok kat atas tu berkata..
kalau tak suka jangan gunakan kemudahan tu.. misalnya sekolah.. kalau asyik nak membangkang kata macam2 tak payah hantar anak ke sekolah kerajaan.. hantar ke private.. kan senang..

tu yang aku cakap duit bapak dia ke ..

klau dah nama duit rakyat suka aku la nk komplen ..demi untuk rakyat

CUPING MERAH said...

kelantan dah menlaksanakan hukum hudud yang kecil seperti ..wajib memakai tudung dan lain2

tetapi undang2 besar seperti mencuri kita terikat dengan undang2 civil kerajaan pusat..sebab tu pas memohon dari kerajaan pusat untuk menlaksanakannya tetapi ditolak..

sebab itu tok guru akan tentang umno habis-habisan..

Anonymous said...

Perlembagaan malaysia tidak pernah menghalang penggubalan undang2 negeri dibuat.

Tiada sebarang sekatan untuk semua wakil Kelantan untuk menggubal perundangan negeri kelantan. Undang2 civil kerajaan negeri juga terletak kepada kuasa penggubal undang2 negeri, iaitu wakil rakyat yg dilantik

Jangan diputar belitak fakta

Tidak pernah wujud HUDUD kecil atau HUDUD besar, hudud adalah hudud

CUPING MERAH said...

perundangan negeri mengenai hudud sudah digubal..la ngok

Sultan pun dah tandatangan termasuk la Trengganu Sultan pun dah tandatangan..yang tak lulus kerajaan pusat..ngerti tak?

balik belajar perlembagaan dulu..baru leh cerita..

jangan sampai ko dibodohkan orang..

carisinar said...

Ehhh mana dakyah songsang dan fitnah nak ko sebar ni cuping?,
Kebenarannya....kerajaan pusat tidak ada hak dalam penggubalan undang2 negeri, itu termaktup dlm perlembagaan. Ingat perlembagaan negeri adalah berbeza dengan antara negeri2 lain. INI FAKTA

Fakta yg diputarbelit oleh PR, konon kerajaan pusat menolak cadangan PAS. Dan ini adalah FITNAH. Sekadar contoh perundangan negeri sarawak dan perundangan negeri sabah adalah bebeza walau berjiran negeri.


Saya ulangi sekali lagi, Wakil Rakyat Negeri mempunyai hak untuk menggubal perundangan negeri (jika mendapat sokongan majoriti).

Sebenarnya yg menjadi kehairanan mengapa pencacai PR masih tidak berupaya menggunakan fikiran untuk menilai, walau contoh dan fakta telah dibentangkan?

Mungkin otak x berada dikepala
Mungkin mereka lebih suka menyebarkan fitnah dari fakta
Hurm fikir-fikirkan lah

Suka saya ulangi, Tiada sebarang sekatan untuk semua wakil Kelantan untuk menggubal perundangan negeri kelantan. Undang2 civil kerajaan negeri juga terletak kepada kuasa penggubal undang2 negeri, iaitu wakil rakyat yg dilantik.

Di Kelantan, wakil rakyatnya dari kalangan PAS. Wakil Rakyat juga dikenali sebagai Penggubal Undang2. ADA PAHAM?

Kat kelantan, dah dewan ADUN majoriti PAS nape tak dilaksanakan hudud?

Perlembagaan Malaysia tak pernah menghalang HUDUD dilaksanakan, ya kalau dewan PARLIMEN menolak sbb penggubal undang2 dalam PARLIMEN adalah dari BN, tetapi PAS kelantan masih menjalankan atau melaksanakan HUDUD di KELANTAN dengan menggubal undang2 NEGERI.

Ko mmg suka perbodohkan org ye cuping! nampak sgt ko ni low mainded, terutama dlm perlembagaan

CUPING MERAH said...

yang ko cerita tu mahkamah syariah..
dan tak sepenuhnya boleh digubal..

kalau membabitkan undang civil ia bergantung pada kerajaan pusat..

ahlan wahsahlan betul ko ni..

cuba ko bagi aku contoh hukuman mencuri...di seluruh negeri sama atau berbeza?

carisinar said...

undang-undang sivil pun boleh digubal oleh perlembagaan negeri, itu terpulang kepada penggubal undang2 negeri tersebut.

Hukum mencuri adalah sama dgn semua negeri, tertapi terdapat penambahan bagi beberpa negeri, dan tidak kepada beberapa negeri yg lain.

sebagai contoh hukum mencuri dikelantan, terdapat penambahan berbanding perak dan selangor.

Maka persoalannya mengapa pengubal undang2 KELANTAN (wakil rakyat kelantan) tidak menggubal undang2 mereka?

Malah selepas PRU12... tiba2 hj hadi muncul dgn fatwa bahawa HUDUD hanyalah 0.0001% dari islam, dan membawa maksud yg HUDUD telah diTOLAK pas.

Hurm... nampaknyer pencacai PR terkeliru lagi, mungkin mereka boleh rujuk kpd ucapan Hj Hadi.

carisinar said...

Isu hudud ini, adalah bukan cerita baru, Hudud adalah 'produk Islam', yang telah dipergunakan oleh PAS dan PR menjadi bahan yang dijaja untuk meraih sokongan bagi membuktikan mereka memperjuangkan Islam.

Lebih hina lagi, dalam pada Pas sejak beberapa siri pilihan raya cuba mendapatkan sokongan melalui seruan hudud, telah tanpa segan silu cuba melarikan kesetiaan ummah terhadap UMNO dengan menuduh UMNO menolak Islam,
UMNO menolak Hudud!
Isu ini menjadi polemik dan bahan ceramah yang paling laris. Tambahan lagi dengan gagalnya Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan.

Menjadi-jadilah pihak Pas menjaja ke seluruh pelosok bahawa Kerajaan Pusat UMNO menolak hudud.

Jadi untuk berlaku adil, pencacai PR sepatutnya meneliti dahulu apa itu Hudud, apa itu Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang didakwa sebagai hudud oleh Pas dan apa sebenarnya isi kandungan, sebelum terus mengikut rentak dan bual bicara tanpa usul periksa.

Malah jangan pula lupa Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi pada waktu gemilangnya di mercu kuasa kerajaan Terengganu, pernah berkata lebih kurang begini;" Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 peratus dari hukum jenayah Islam".

Kini apabila PAS dengan lantang menjawab KJ Pas tetap laksana hudud apabila memerintah, sekali lagi Hadi diingatkan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang didakwanya hudud dan telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

(saya tidak bertujuan membincangkan bantahan DAP dan PKR tentang perlaksanaan hukum hudud pas ini)

Terbaru: " Pas tak perlu beri penerangan kepada rakan DAP dan PKR, kerana hudud hanya akan dilaksanakan ke atas orang atau rakyat Islam sahaja, orang kafir boleh pilih undang-undang sivil sedia ada!"

Saya ulangi..... orang kafir boleh pilih undang-undang sivil sedia ada

Hudud Pas itu cuma mengenakan hukuman terhadap orang Islam sahaja, sedangkan orang-orang bukan Islam dibolehkan memilih hukum lain iaitu undang-undang sivil, terbukti hudud ciptaan Pas itu zalim dan tidak adil

carisinar said...

cuma saya tertanya-tanya adakah pencacai PR seperti cuping begitu memahami apa itu HUDUD sebenarnya?

Adakah HUDUD yg konon diperjuangkan oleh mereka adalah berdasarkan Al-Quran dan sunah?

Adalah lebih elok jika kita bertanyakan cuping.."APA ITU HUDUD"?

CUPING MERAH said...

penambahan kecil-kecilan boleh..tapi kalau nak memangsuhkan dan digantikan dengan undang-undang hudud tak boleh..

contoh mencuri denda rm100 dan diubah menjadi rm 200 tu itu boleh la..

tapi klau mencuri denda rm100 dan diubah kepada potong tangan itu tak boleh..

sebelum aku jawab ko punya seolan aku nak tanya dulu..

ko sokong atau menentang hudud?

carisinar said...

saya sokong hudud ALLAH bukan hudud PAS... HUDUD PAS adalah bidaah dan merupakan tokok tambah dari suruhan ALLAH.

Persoalannya sekarang kenapa hanya HUDUD yg dimainkan PAS?

CUPING... tahukah anda terdapat beberapa lagi cabang perundangan islam seperti mana yg disebut dalam alquran dan sunah? sedar atau x?

Tetapi kenapa hanya HUDUD yg dimainkan?

carisinar said...

Hudud PAS adalah sebenarnya tokok tambah dari ajaran ALLAH. dan ini merupakan bidaah besar terhadap menentang kekuasaan dan peratuean ALLAH

Maka tidak menjadi halangan jika saya katakan HUDUD yg ingin dibawa PAS bukanlah Hudud Jenayat Islam yang diseru oleh Allah tetapi lebih kepada perjuangan Islam Bid'ah PAS

kitab Ilmu Ushulil Bid'ah halaman 220 menceritakan
Sebahagian ahli bid’ah datang kepada Ibnu Taimiyah dengan niat ingin memperindah dan menghiasi bid’ah mereka di hadapan beliau. Mereka berkata : “Ya Syaikh, betapa banyak orang yang bertaubat kerana dakwah kami!”
Ibnu Taimiyah berkata : “Mereka taubat dari perbuatan apa?”
Mereka menjawap : “Mereka taubat dari mencuri, merampok, dan lain-lainnya.”
Lalu Ibnu Taimiyah menjawab : “Keadaan mereka sebelum bertaubat (kerana dakwah mereka) lebih baik daripada keadaan mereka sekarang, kerana sesungguhnya mereka dahulu dalam keadaan fasiq dan meyakini keharaman apa yang mereka kerjakan sehingga mereka selalu mengharap rahmat dari Allah dan mereka ingin bertaubat. Adapun sekarang mereka menjadi sesat dan musyrik akibat dakwah kamu bahkan mereka keluar dari Islam dan mencintai apa yang dibenci Allah dan membenci apa yang disukai Allah … .” Kemudian Ibnu Taimiyah menjelaskan kepada mereka bahwa bid’ah yang mereka kerjakan lebih jelek dan hina daripada kemaksiatan lainnya.

CUPING MERAH said...

MACAMANA KAU BOLEH MENYATAKAN HUDUD ITU HUDUD PAS...

SEDANGKAN PAS BELUM MEMERINTAH MALAYSIA DAN BELUM DUGUBAL UNDANG2 HUDUD MALAYSIA...

KO BAGI CAN PAS MEMERINTAH PANGGIL SEMUA ORANG2 KO SOKONG PAS.LEPAS TU KITA LAKSAKAN HUDUD DAN TENGOK HUDUD ITU PAS PUNYA KE ALLAH PUNYA..

BILA DAH BUAT BARU LA NAMPAK TAPI KALAU BELUM BUAT MACAMANA KO BLEH NAMPAK...HERAN GAK TUU...

SEMUA ULAMAK BEBAS MENYOKONG HUDUD YANG PAS NAK LAKSANAKAN...

MACAMANA KO BLEH KATA HUDUD TU PAS PUNYA..

carisinar said...

Cuping... apa yang ko nak putar belitkan lagi nie ha.... atau ko dah terbelit? tu ler kalau nak jadi pengikut pun, jadi ler pengikut yg berakal. K cuping. Jadi selama ni ko sokong perjuangan HUDUD yg dibawa PAS untuk apa? sedangkan ko sendiri tak tahu latar belakang HUDUD PAS? ishk ishk ishk.

1... Fakta yang seringkali disembunyi oleh pemimpin PAS yang lain apabila DS Haji Abdul Hadi Awang sendiri, selaku presiden, mengeluarkan kenyataan bahawa HUDUD yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah 0.0001% dari hukum ISLAM.

2... Hukum perundangan Islam yang sebenarnya bukanlah semata-mata HUDUD yang dinyatakan PAS. Hukum perundangan Islam, merujuk kepada Al-Quran, ianya disebut “JENAYAT” bukan hudud. Kerana hudud hanyalah cabang dari Jenayat Islam, berserta dengan cabang-cabang yang lain (Qisas, Diyat dan Ta’zir). Namun kenapa hanya HUDUD yg dimainkan oleh PAS? Maka sedarlah bahawa lain-lain cabang undang2 islam (jenayat) telah diasimilisasikan dalam perlembagaan M'sia. Masih nak kata kerajaan tolak perundangan islam? hurmm pikir pikirkan lah.

carisinar said...

Kenapa saya katakan HUDUD yg diperjuangkan PAS adalah sekadar HUDUD PAS dan bukan HUDUD yg berasaskan suruhan Allah seperti yang dinyatakan dalam AlQuran dan Sunah?

1... Tafsiran Hadis dan Al-Quran, Hudud, yang disebut didalam Al-Quran disebut sebanyak 14 kali dalam 9 buah nas-nas Al-Quran. Perkataan Hudud itu sendiri bermaksud had (limit) atau batas, dan jika dilihat dengan perlembagaan moden, pengertian hudud dilihat sebagai ordinen. Ingat tu ia disebut 14 kali sebagai had atau limit.

2... Secara haknya yang disebut didalam Al-Quran, hudud itu sendiri disebut sebagai HUDUD ALLAH yang bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.

“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah Al-Baqarah 2:229).

Jika pemimpin PAS dan penyokong PAS masih berkeras mahukan HUDUD, kerana bagi mereka HUDUD adalah hukum Islam yang sebenarnya, maka secara terang mereka telah menolak 3 hukum “jenayat” yang lain. Allah sendiri berfirman bahawa Islam itu mudah, mengapa pula harus mereka (PAS) menokok tambah apa yang telah di firmankanNya?

Suka saya ulangi bahawa firmanNya:
“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim”

PAS tidak perlu memerintah negara kalau sekadar untuk melaksanakan HUDUD PAS, sedangkan di Kelantan PAS tidak sanggup menggubal undang2 nya berdasarkan HUDUD ciptaan mereka, kenapa perlu diberi alasan PAS perlu memerintah negara maka baru HUDUD ciptaan mereka laksanakan? INI SEKADAR ALASAN UNTUK MENGHALALKAN CARA.

carisinar said...

Kita sendiri tahu bahawa PAS sendiri telah diberi warning oleh DAP dan PKR .

Untuk pengetahuan cuping... Kelantan telah mewartakan HUDUD ciptaan mereka... 'Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan' yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Kelantan pada 28 Oktober 1993". Saya ulangi... diwartakan, buka dilaksanakan, kerana PAS Kelantan sendiri sedar HUDUD ciptaan mereka tidak berupaya dilaksanakan... sehinggalah sekarang.

carisinar said...

Sekarang kita lihat kenapa HUDUD ciptaan PAS adalah BID'AH.....

Abu Fadhl Al Hamadzani berkata : “Ahli bid’ah serta orang-orang yang memalsukan hadis lebih berbahaya daripada orang-orang kafir yang secara terang-terangan menentang Islam. Orang-orang kafir bermaksud menghancurkan Islam dari luar sedangkan ahli bid’ah bermaksud menghancurkan Islam dari dalam. Mereka seperti penduduk suatu kampung yang ingin menghancurkan keadaan kampung tersebut sedangkan kaum kuffar bagaikan musuh yang sedang menunggu di luar benteng sampai pintu benteng tersebut dibuka oleh ahli bid’ah. Sehingga ahli bid’ah lebih keji akibatnya terhadap Islam dibanding orang yang menentang secara terang-terangan.” (Al Maudlu’at Ibnul Jauzi lihat kitab Naqdur Rijal halaman 128)

Fudhail bin ‘Iyadl berkata : “Barangsiapa mencintai ahli bid’ah niscaya Allah akan menggugurkan amalnya dan mengeluarkan cahaya Islam dari hatinya

Suka saya ulangi didalam Al-Quran disebut sebanyak 14 kali dalam 9 buah nas-nas Al-Quran. Perkataan Hudud itu sendiri bermaksud had (limit) atau batas, dan jika dilihat dengan perlembagaan moden, pengertian hudud dilihat sebagai ordinen. Ingat tu ia disebut 14 kali sebagai had atau limit. Maka tiada hak kepada sesiapa untuk menokok tambah "JENAYAT" seperti mana yg dinyatakan oleh ALLAH. Maka menokok tambah arahanNYA maka ia dianggap BID'AH

carisinar said...

1...
Hudud PAS: (Bahagian I, perenggan 6 ; Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993)
“Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.”

Hudud ALLAH: Hukuman hudud PAS ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri.
Firman-Nya,
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).
Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,
“Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

carisinar said...

2...
Hudud PAS, (Bahagian I, perenggan 9 ; Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993)
“Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) dihukum bunuh dan selepas itu diSALIBkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;
(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki .....”

Hudud ALLAH: Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,
“Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).
Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).
Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41).
Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178).

carisinar said...

3...
Hudud PAS, (Bahagian I, perenggan 11 ; Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993)
“(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.”

Hudud ALLAH: Hukuman hudud PAS bahagian ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi
“Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.
Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun.
Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,
“Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).

carisinar said...

Cukup lah sekadar tiga contoh, yang sebenarnya terdapat beberapa lagi HUDUD ALLAH yang diseleweng oleh PAS. Contoh diatas sudah cukup menunjukkan bertapa mereka merupakan ahli BI'DAH, dan yang menyokong perjuanggan PAS seperti ini juga boleh dianngap ahli NERAKA. (akan saya dedahkan lagi HUDUD PAS jika terpaksa)

HUDUD PAS seolah-olah melebihkan diri mereka dari HUKUM ALLAH. Begitu kefasikkan pemimpin mereka terserlah.

Ternyata Hudud PAS menolak hukumNya dan FirmanNya
“Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) –
dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian.
Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun.

Kerana itu juga, apa akan terjadi kepada penyokong PAS jikalau mereka tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran.
“Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114).

Adakah penyokong PAS layak menjejak kaki di syurga? wallahualam

Jadi... adakah CUPING masih lagi ingin memperjuangkan HUDUD PAS? dan terus mahu tergolong sebagai ahli bid'ah?

CUPING MERAH said...

untuk jawapan ini besok aku bagi ulasan..

aku perlu tunaikan tanggungjawab aku dulu ok tunggu..

CUPING MERAH said...

setelah membaca komen anda pada jam 11 mlm tadi...rasa nak ketawa ada, dan macam lagi...berikut adalah jawapan untuk anda..

Kanun jenayah syariah(11) telah digubal pda oktber 1993.
1.surat itu telah dihantar kepada kerajaan pusat untuk dilaksanakan.

2.Dr Mahathir telah menolak mentah-mentah.

3.Ia tak dapat dilaksanakan tampa persetujuan kerajaan pusat.

4.undang2 yang digubal berlandaskan Alquran telah diubah dan dijadikan bahan fitnah secara diam tampa menunjukkan pada orang ramai,hanya diberikan kepada mereka yang tertentu sahaja.ini dilakukan supaya apa yang kerajaan buat itu betul kerana menolak hudud Pas

5.Bagi mengelak sangkaan buruk rakyat kepada kerajaan maka kerajaan telah mengubah ayat didalam surat tersebut.

6.Anda mungkin tahu apa yang anda tulis(tapi ini bukan anda yang menulis) tetepi anda tidak faham apa yang anda tulis.

7.Penulis artikal ini ialah seorang yang anti hadis.(bukan anda).

8.Anda tidak faham langsung tentang hudud
contoh..penzina.penzina humannya ada dua bahagian
1.penzina yang sudah berkahwin akan dihum rejam sampai mati kalau dia mengaku salah(tampa saksi)
2.penzina belum berkahwin dihukum sebat 100 kali kalau mengaku salah(tampa saksi)
jika tidak mengaku salah ia dibebaskan(tampa saksi)

9.Artikal yang anda keluarkan ini,ia di ambil dari undang2 hudud Turki.tuduhan yang anda buat ini adalah tuduhan yang direka cipta pada zaman mahathir lagi ia diambil dari undang hudud Turki yang lebih pada sekular dan yahudi.

10.Artikal ni dah lama berada dalam kocek aku..dah bertahun aku simpan..semasa mahathir memfitnah Pas (hudud pas kononnya.)

11.Disini terserlah lah siapa diri anda sebenarnya,anda tidak tahu langsung tentang hudud,malah anda langsung tak ambik tau tentang perkembangan semasa
sehingga anda sendiri tidak tau kenyataan2 pemimpin sebelum ini yang Pas bawa adalah hudud berpandukan alquraan.

12.Anda cuba menjerat saya dengan firman2 Allah...rupanya anda sendiri yang terjerat.

hati2 lain kali jangan tunjuk kebodohan anda
yang memalukan...anda seorang blogger tetapi anda menyamarkan diri sebagai orang lain..anda bernasib baik..kalau anda tunjukkan diri anda pasti di chop oleh Cuping
sebagai blogger yang masih lagi berada dibelakang ataupu bodoh.

kalau saudara faham hudud dan qisas didalam alquran,maka itulah hudud yang Pas bawa..hentikanlah fitnah zaman lapok tu..

anarasa said...

petikan.
DS Haji Abdul Hadi Awang sendiri, selaku presiden, mengeluarkan kenyataan bahawa HUDUD yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah 0.0001% dari hukum ISLAM.

petikan.
kalau saudara faham hudud dan qisas didalam alquran,maka itulah hudud yang Pas bawa..hentikanlah fitnah zaman lapok tu..

ulasan.

alahai cuping...
0.0001% dari hukum islam itulah umat kau perjuangkan sampai akhir zaman..

99.999% dari hukum islam yang baki tu bila umat kau nak mulakan perlancaran perjuangannya????

tunggu bila kau dapat jawatan mursidul am PAS kottt.

CUPING MERAH said...

SAYA NAK BUKTI KATA2 KO TU BARU SAYA KOMEN BALIK..

carisinar said...

Benarkan saya menjawap bagi pihak anarasa.

Haji Hadi pernah menjawab semasa beliau memerintah Terengganu pada tahun 1999 yang tanpa rasa bersalah mengatakan hudud hanya 0.0001 peratus dari Islam.

Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

carisinar said...

Pembaca semua, terlebih dahulu, saya ingin merungkai sedikit sebanyak PUTAR BELIT yg diberikan oleh cuping berdasarkan posting reply beliau : 27 September 2009 00:53

Putar belit cuping (dan blogger seangkatan)
Pertamanya, ingin saya merujuk kpd tuduhan cuping seperti yang dibawah:
Kanun jenayah syariah(11) telah digubal pda oktber 1993.
1.surat itu telah dihantar kepada kerajaan pusat untuk dilaksanakan.

Kebenarannya:
Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Walau janji manifesto PAS dlm PRU ketika itu, "jika menang hari ini, maka esok ayam berkokok, maka HUDUD akan dilaksanakan"

Draf Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.(ianya disebut DRAF bukan surat)

Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan. Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

carisinar said...

Keduanya: ingin saya merujuk kpd tuduhan-tuduhan cuping seperti yang dibawah:
2.Dr Mahathir telah menolak mentah-mentah.

Kebenarannya:
Tuduhan yang dijaja CUPING bahawa Dr Mahathir menolak mentah-mentah adalah suatu pembohongan dan FITNAH. Sepertimana tuduhan kononnya DS Dr Mahathir Mohamad (PM ketika itu) tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak ?hukum Allah?.

Bagi Dr Mahathir (PM ketika itu), jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Malah tiada satu pun perlembagaan dalam Malaysia yang menghalang penggubalan undang-undang negeri dijalankan. (saya ulangi... "penggubalan")

Komen DS Dr Mahathir "Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,?" petikan kenyataan akhbar beliau pada tahun 1994.

Disini telah jelas DS Dr Mahathir tidak menolak mentah-mentah (sepertimana fitnah yang dijaja cuping). Malah Dato Seri sendiri secara terbuka memberi lampu hijau kepada PAS Kelantan untuk melaksanakan HUDUD.

Hakikatnya, Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (ketika itu) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

Yang sebenarnya, PAS itu sendiri menolak HUDUD bid'ah ciptaan mereka.

carisinar said...

Ketiganya: ingin saya merujuk kpd tuduhan-tuduhan cuping seperti yang dibawah
3.Ia tak dapat dilaksanakan tampa persetujuan kerajaan pusat.
4.undang2 yang digubal berlandaskan Alquran telah diubah dan dijadikan bahan fitnah secara diam tampa menunjukkan pada orang ramai,hanya diberikan kepada mereka yang tertentu sahaja.ini dilakukan supaya apa yang kerajaan buat itu betul kerana menolak hudud Pas
5.Bagi mengelak sangkaan buruk rakyat kepada kerajaan maka kerajaan telah mengubah ayat didalam surat tersebut.

Kebenarannya:
Kerajaan Pusat tidak mempunyai sebarang hak didalam penggubalan undang-undang negeri. Malah tiada satu pun artikel dalam perlembagaan malaysia yang menghalang agar perundangan negeri dari digubal. Maka tuduhan yang dibuat cuping adalah satu FITNAH. Dan Allah telah menjanjikan neraka jahanam kepada sesiapa mereka yang menyebarkan fitnah.
Tuduhan yang konon draf undang2 syariah Kelantan telah dipinda oleh Kerajaan, juga merupakan satu FITNAH BESAR oleh cuping. Cuping sedaya upaya menutup kemunafikkan draf yang dibuat oleh PAS, sedangkan salinan draf penggubalan boleh dimuat turun dari portal kerajaan negeri PAS dan webside PAS itu sendiri. Malah sebahagian blogger pro PR dan pro PAS juga memaparkan draf yang telah disebutkan.

Apa tujuan cuping memutar belitkan fakta sebenar? wallahhualam..... (atau cuping semakin terbelit)

carisinar said...

Merujuk kepada Putar Belit Cuping yg ke 6,7,8,9,10,11 dan 12, sila rujuk yg dibawah, dan nilaikan:

PAS makin kembang hidungnya, kita boleh lihat apabila Draf Enakmen HUDUD telah dibawa ke Dewan Parlimen untuk dibahas supaya dijadikan asas perundangan HUDUD negara. Maka sudah tentu lah Draf Enakmen ini tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen (sesungguhnya Parlimen dimajoritikan oleh ahli BN, tidak seperti dewan negeri kelantan). Maka makin hebatlah PAS dan pencacai PAS dan PR menjaja fitnah konon kerajaan pusat juga menolak HUDUD.

Namun HAKIKAT yang DISEMBUNYI PAS adalah,
1... Draf Enakmen HUDUD ciptaan PAS (draf Kanun Jenayah II Syariah Islam) ini telah dikemukakan kepada panel Pusat Islam dan juga salinannya diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, bagi menilai samaada draf tersebut benar-benar menepati ajaran Islam, dan hakikat yang tidak diterima oleh PAS apabila draf itu dianggap bid'ah (tokok tambah dari ajaran Al-Quran dan Sunah)

2... Oleh kerana di dalam Draf Enakmen HUDUD ciptaan PAS (draf Kanun Jenayah II Syariah Islam) itu ada perkara-perkara yang dinaskan yang disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dan ijmak para ulamak. Dan ada di antaranya perkara yang termasuk di dalam perkara isytihak, yang termasuk didalam perkara kajian yang boleh disalah tafsit (berkhilaf) dan bertelingkah di dalam pendapat dan boleh berbincang dalam perkara yang bertelingkah ini. Dan oleh kerana ada perkara yang tidak khilaf di kalangan ulamak yang dinaskan dalam Al-Quran, dalam Hadis sebagaimana yang selaras dengan apa yang ada di dalam Kanun Jenayah Syariah II itu adakah penolakan mubahalah ini kerana pemimpin Kerajaan menyedari akibat yang akan diterima oleh mereka kerana mempertahankan perkara yang tidak betul di dalam masalah ini.

3... Penolakan ini - kita hendak menyebutkan hendak mencari suatu formula yang boleh menjelaskan kedudukan tentang hudud Kanun Jenayah PAS Kelantan. Saya hendak sebutkan apa kira-kira, berbahas, berbincang untuk menegakkan benda yang tak betul. saya hendak menjelaskan pada hari ini bahawa yang kita tolak ialah hudud yang dibuat oleh PAS Kelantan yang tidak menepati kehendak Islam yang sebenar.

4... Suka saya memberi contoh perkara yang jelas bertentangan:
Pertamanya, saya hendak sebutkan Bahagian Pertama, Fasal 4 -
PAS cuma beri 6 sahaja kesalahan hudud. Sebenarnya ada 7, semua Mazhab kata ada 7, PAS kata ada 6. Dia meninggalkan pemberontakan.

Dalam PAS, yang diberi hanyalah mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, minum arak, dia tidak masukkan soal penderhakaan terhadap Kerajaan - bughah.

Dalam soal ini, mengikut ulama al-Zarqani, bagaimana pendapat mengenai orang yang menentang Kerajaan, PAS tidak sebut. Pada hal hukumnya haram, walaupun Kerajaan itu fasik. Al-Zarqani mengatakan walaupun Kerajaan itu fasik, hukumnya haram menentang Kerajaan. Oleh kerana PAS hendak menentang Kerajaan, maka dia tidak masukkan. Ini belum lagi kita mendapatkan pendapat Imam Malik, misalnya. Imam Malik jelas mengatakan, maksudnya taat itu lebih baik sebabnya tidak meruntuhkan sesuatu negara. Ini kalau hendakkan penjelasan mengenai hudud.

carisinar said...

5... Fasal 46, soal rogol tidak dimasukKan dan yang jelas sekali ialah Fasal 56(2) yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam. Dalam hudud PAS, orang bukan Islam boleh pilih sama ada hendak hukum hudud ataupun hukum adat biasa.
Merujuk kepada kitab penulisan Dr Yusof Qardhawi "Selain dari apa yang disebutkan oleh mereka iaitu orang bukan Islam, mereka adalah erikat dengan hukum-hukum syariat Islam, tetapi dalam kes. pembunuhan, harta benda dan juga berhubung dengan kehormatan diri, dalam bidang-bidang sivil, jenayah dan sebagainya keadaan mereka, dalam bidang-bidang tersebut samalah dengan orang-orang Islam.
Dalam konteks ini para ulama ada menegaskan bahawa hak mereka adalah sama dengan hak kita dan tanggungjawab mereka juga adalah sama dengan tanggungjawab kita iaitu prinsipnya, kalau bukan dalam soal-soal yang terperinci. Soal adzimah misalnya, diberikan - yang mencuri akan dijalankan hukum had - kecurian, seperti mana yang dijalankan ke atas orang Muslim. Begitu juga orang yang membunuh atau menyamun atau menceroboh harta benda atau berzina dengan wanita atau menuduh zina oleh seorang mukhsan".

6... Dr Yusof Qardhawi yang menyatakan bahawa kalau kita hendak jalankan hudud semua rakyat kena.
Tiba-tiba PAS kata boleh pilih, sebab itu Dato Seri Dr. Mahathir menyatakan tidak bersetuju.

Jelas yang Kerajaan tolak ialah hudud yang dibuat oleh PAS,
Bukan kita tolak hudud yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Sebab itu PAS mencipta dan menulisnya sendiri dan dia katakan, "inilah daripada Allah S.W.T." - ini tidak betul

carisinar said...

7... Perkara yang paling menarik, salah satu daripada perkara yang tidak menepati ialah bersabit dengan hukum zina, di mana di dalam Hukum Kanun Jenayah Syariah II yang dibawa oleh PAS, yang mana orang-orang bukan Islam boleh membuat pilihan, manakala orang Islam mesti dikenakan hukum hudud, kalau bukan Islam - ada pilihan. Adakah ini dikira ADIL bagi rakyat jelata?

Manakala sebelum ini Menteri Besar Kelantan pernah mengatakan hukum hudud ini dikenakan kepada semua rakyat Malaysia. Kalau di Kelantan tidak kira sama ada orang Islam atau bukan Islam. Tetapi selepas lawatan Ketua Pembangkang, Ahli dari Tanjong ke Kelantan dan berunding dengan Menteri Pesar Kelantan, maka perkara cadangan ini digugurkan di mana diberi pilihan kepada bukan Islam. Apakah Hukum Kanun Jenayah Syariah yang diheboh-hebohkan oleh PAS ini boleh kita sifatkan hukum hudud PAS dan DAP?

8... 'PARDON BOARD'.
Kalau PAS benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud, maka perkara pertama ialah mesti meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, di antaranya ialah berkait dengan 'Pardon Board'. Dalam Islam, keampunan hanya boleh dibuat oleh keluarga, bukan oleh 'Pardon Board', manakala 'Pardon Board' itu pun boleh dipinda diperingkat undang-.undang negeri dan sekarang ini sudah heboh dalam Dewan Rakyat di peringkat pusat.

carisinar said...

9... Ini menandakan mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik.sememangnya saya telah menjelaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menjelaskan dengan terang bahawa kerajaan sanggup menerimanya untuk menjalankan hukum Allah ini kalau sekiranya bertepatan sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.

Tetapi yang dikatakan tidak bersetuju adalah sebagaimana pandangan yang ditulis oleh Qardhawi bahawa
"bila kita laksanakan hudud, bermakna semua orang, kecuali beberapa perkara dalam soal minum arak, misalnya, itu terkecuali bagi orang bukan Islam, kerana ini minuman mereka".

10... Jadi, dengan jelas bahawa pandangan yang konon kerajaan menolak hukum Allah, itu adalah tidak betul.

Ulama lain ada mengatakan "Apa yang lebih dekat kepada realiti kehidupan ialah sistem perundangan yang tidak Islam itu dipinda secara berperingkat dan digantikan dengan Islam tanpa perlu merombak dasar-dasarnya " - berperingkat-peringkat. Inilah yang kita sebutkan dan kita ambil pengertian daripada pendapatan ulama dalam Usul Fiqh yang bermaksud, tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua, sedikit pun memadai.

Apa yang dibuat Kanun Jenayah II PAS Kelantan kerana ada banyak perselisihan, pandangan, beza mazhab, empat Imam, yang ada tidak menepati syariah.

carisinar said...

Untuk seketika ini saya, saya belum lagi menjelaskan beberapa perkara BID'AH HUDUD ciptaan PAS yang lain. Malah saya belum lagi menjelaskan beberapa dan bagaimana Hukum Allah yang telah diasimilisasikan oleh Kerajaan didalam Perundangan Malaysia. Cuma saya masih menanti bantahan dari cuping dan pandangan cuping keatas tuduhan saya kepada 3 contoh betapa BID'AH nya HUDUD PAS (seperti mana yag telah saya sertakan semalam). Dan pastinya saya juga akan berikan contoh beberapa keliruan dalam PAS itu sendiri sehingga wujudnya 3 versi hudud PAS, yang mana seharusnya dan dituntut hanya 1 hudud iaitu HUDUD ALLAH.

memetik hadis riwayat Ibn Mas'ud bahawa kata Ibn Mas'ud: Aku masih ingat lelaki pertama yang dipotong tangan oleh Rasulullah s.a.w. ialah seorang pencuri yang dibawa kepada baginda, lalu dihukum potong tangannya. Setelah selesai dilaksanakannya (hudud), aku melihat wajah Rasulullah s.a.w. seolah-olah menyesal. Justeru itu ada sahabat yang bertanya:

Wahai Rasulullah, kami lihat seolah-olah engkau tidak suka memotongnya (melaksanakan hudud). Jawab baginda: ``Tidak ada yang menghalang aku, janganlah kamu menjadi penolong syaitan atas saudara kamu, kerana tidak patut bagi seorang imam (pemimpin) apabila sampai padanya hukuman hudud kecuali melaksanakannya.''

Buktikan keupayaan PAS mentadbir di dua buah negeri yang telah Allah SWT anugerahkan itu dengan membuktikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam sebagaimana yang sepatutnya. Jika sampai sekarang draf negara Islam yang dicabar PM agar dibentangkan sejak beberapa tahun lalu masih samar-samar lagi, apatah lagi tentang menjamin keadilan hudud yang dijadikan alat untuk terus memanjangkan jangka hayat PAS di negara ini.

Semoga Allah SWT terus memelihara kemakmuran dan melindungi keamanan di negara ini serta membuka hati rakyat untuk melihat dakyah dan tipu daya PAS.

CUPING MERAH said...

KALI INI AKU TAK ULAS PANJANG CUKUP DENGAN PERTANYAAN..

KALAU DRAFT HUDUD ITU SALAH KENAPA KERAJAAN UMNO TAK WAR-WARKAN PADA PILIHANRAYA SEBAGAI MENANGKIS SERANGAN HUDUD DARIPADA PAS?

KENAPA BENDA INI DI DIAMKAN?SEDANG KAMI TAHU UMNO KALAU TAK ADA BUKTI CARI DAN JADIKAN BUKTI?

SEDANGKAN INI DAH ADA BUKTI KENAPA TAK DISIARKAN DIMAJALAH,TV DAN JUGA BLOG,SEDANGKAN INI BUKTI UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN PAS?

RAKYAT SEMUA TAHU BAHAWA KERAJAAN BN SUKA MEREKA CIPTA BUKTI..

INI DAH ADA KAT TANGAN BUKTI JELAS KENAPA TAK DITUNJUKKAN?

Anonymous said...

TERIMA KASIH batara., jelas dan penuh dengan fakta.

CUPING.. BN cuba melaksanakan yang terbaik untuk semua.tidak hanya retorik untuk menang pilihanraya.

BN tidak dapat menjanjjikan bulan dan bintang yang begitu mustahil untuk dicapai.

CUPING... berpijaklah dibumi nyata.. dalam suasana gelombang PR yang terlalu kuat dimasa kini.. PAS - Parti Islam Semalaysia hanya menjadi parti balaci dan kuda tunggangan.

PERJUANGAN ISLAM APA YANG TELAH BERJAYA DITEGAKKAN OLEH PAS DI NEGERI2 BAWAH PAKATAN RAKYAT SEHINGGA HARI INI.???

BERBAHAGIALAH PAS DENGAN SLOGAN - PERGI JAHANAN UMNO CIPTAAN NIK AZIZ.
sifat2 KEISLAMAN amat terserlah...

Pas boleh said...

betul tu cuping..

kalau benar kerajaan umno ada bukti kenapa tak di hebohkan sekampung..

sebenarnya mereka tiada bukti cuma mereka-reka cerita bagi melihat mereka tidak bersalah dalam hal ni..

Anonymous said...

ALAHAI Pas boleh (BLAAAAHHHH)

SEMUA MAKHLUK PAS NI SEMUANYA BUTA DAN PEKAK DAN .......????
DAH LAMA KERAJAAN KELUARKAN KENYATAAN NI. KALAU DAH BUTA DAN PEKAK.. APA BOLEH BUAT.
PATUTLAH MAKHLUK PAS MENJADIKAN PELIWAT, PENZINA SELAYAKNYA MENJADI IMAN SEMBAHYANG.
TAK GELI KE LUBANG JUxxx MASA SUJUD.

UMAT PAS UMAT PELIWAT.
UMNO BUANG PELIWAT.. PR/PAS KUTIP..
PENZINA.. NIK AZIZ BERAHI..

Pas boleh said...

SAPA YANG PEKAK?
SIAPA PELIWAT?
SIAPA PAS KUTIP?
SIAPA PENZINA?

SEMUA ITU TIADA DALAN DAIRY AKU..

KALAU UMNO SEMUA ADA KAT ATAS TU..

cicitHJHASSANu said...

aku setuju hudud jangan dilaksanakan..
nanti,hari-hari penyokong taksub ameno akan dihukum....
perasuah,penzina,perompak,murtad,
tonggang arak semua wakil ameno...

siapa nak bela orang melayu???

takan nak harap mic atau mca...

samy vellu pun pernah kata:
"antara ameno-mic-mca,itu ameno masuk neraka dulu woo,kita orang
kasi bakar arang saja"..

carisinar said...

Cuping....

Adakah anda ingin saya meneruskan betapa BID'AN nya HUDUD PAS?

Memang anda tidak perlu meneruskan penjelasan anda, kerana dari mula telah kelihatan anda membelit diri anda sendiri dengan pendapat yang begitu flip flop, mencuba menutup kelemahan dengan menunding jari dari menyatakan kebenaran.

Sebenarnya pencacai PR dan PAS telah berjaya dipekak kan oleh pemimpin mereka dgn dasar memboikot, maka hasilnya yg terjadi adalah beberapa blogger seperti anda yang kurang mendapat informasi dan hanya berupaya menjadi pengikut yg jumud dari menilai sesuatu berita dengan daya pemikiran yang tajam dan ketidak upayan mentafsir sesuatu isu.

Dibawah ini saya sertakan beberapa link untuk perhatian anda, bahawa sebenarnya PAS tidak berupaya menjalankan sistem HUDUD PAS (bukan hudud ALLAH)

http://www.youtube.com/watch?v=mDOgpGdgvyA

http://www.youtube.com/watch?v=wW5mseT_rVk

http://www.youtube.com/watch?v=PnJ1z4ZhM0g

http://www.youtube.com/watch?v=j7AegqBOoX0

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template