banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday, 20 September 2009

UMNO-BN JOHOR MULA KEPANASAN


Seperti artikal saya yang terdahulu bertajuk "Pas disuruh cari bakal
Menteri Besar Johor" mendapat perhatian dikalangan Pemimpin UBN
Johor,apabila satu Rang Undang-Undang antilompat telah digubal.

Pindaan Undang-Undang itu dilihat sebagai langkah terdesak Kerajaan
UBN Johor bagi mengelak berlakunya sindrom 'lompat parti' dikalangan
Adun BN yang tidak mustahil berlaku berdasarkan sinario politik Negara
mutakhir ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Rang Undang-Undang
Fasal 23 (5) Undang-Undang tubuh Negeri 1895. (Pindaan 2009 berhubung
kekosongan luar jangka DUN.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh 1895 yang disebut
'Undang-Undang Tubuh' dalam Enakmen ini,dipinda dengan menggantikan
Pecahan Fasal (5).

Pindaan tersebut menyatakan bahawa "sesuatu kekosongan luar jangka
hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh yang dipastikan oleh
Suruhanjaya Pilihanraya kekosongan itu berlaku."

Pindaan yang mendapat bantahan dari Adun Pakatan Rakyat ini
bagaimanapun diluluskan Dewan.

Pindaan ini jelas memberikan kuasa kepada SPR untuk menentukan sama
ada berlaku kekosongan luar jangka di DUN dan bukannya Speaker seperti
yang diamalkan sekarang.

Tindakan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri ini sebagai suatu tindakan
terdesak dan bahang kepanasan kebangkitan Pakatan Rakyat,tindakan ini
juga seolah-olah Umno-BN telah merasakan bahang kekalahan pada
Pilihanraya Umum akan datang.
CACING-CACING UMNO JOHOR DAH MULA KEPANASAN....
--
Sent from my mobile device

5 comments:

Anonymous said...

Tak pe.... kalau x gubal pun... kita leh wawarkan .... "we have the numbers" sebab lompat tu, (masa tu lah) dikira halal, betul x?

Tak pe.... kalau x gubal pun... mana-mana ahli PR yang lompat keluar kita leh cakap lompat tu haram.

Tak pe.... kalau x gubal pun... kita boleh minta diburbakan Dewan ADUN. Kalau x dapat kebenaran Sultan, kita boleh maki hamun sultan, betul x?

Tak pe.... kalau x gubal pun... kalau tak dapat bubarkan Dewan pun, kita boleh upah pencacai luar negeri johor wat demontrasi depan istana, ala bayar ler rm50 kr... betul x?

Tak pe.... kalau DAH gubal pun, kita leh tuduh diorang takot, TAPI kalau TAK gubal lagi... kita leh ckp diorang pn takot... betul x?

Aduyai aku penin aaaa, penin

CUPING MERAH said...

walau apa alasan yang dibuat..Umno tetap dalam ketakutan..betul tk?

Anonymous said...

CUPING MERAH....
betul betul betul....
aku setuju bro....
siapa nak gi taiwan lagi? kali ni trip kena sponsor sebab budget state 1.4 billion nampaknya dah lesap macam angin moonson yg landa taiwan tempoh hari.

Anonymous said...

CUPING MERAH....
betul betul betul....
aku setuju bro....
siapa nak gi taiwan lagi? kali ni trip kena sponsor sebab budget state 1.4 billion nampaknya dah lesap macam angin moonson yg landa taiwan tempoh hari.

Anonymous said...

tak kira la lompat dari mana ke mana.. mesti ada sebab lompat.. bermusahabah la..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template