banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Saturday, 5 September 2009

SIFAT TALAM DUA MUKA..UMNO DITOLAK RAKYAT..BAGAN PINANG..

Umno-BN kini ketandusan "senjata"bagi mempertahankan kuasanya,memandangkan isu pembangunan dan projek segera sudah ditolak rakyat.

Taktik yang dipertahankan sejak merdeka ternyata ditolak rakyat terutamanya golongan muda berdasarkan petunjuk Pilihan Raya kecil kuala Terengganu,Permatang Pauh,Bukit Selembau,Bukit Gantang,Penanti,Manek Urai,Permatang Pasir dan yang bakal tiba Bagan Pinang.


Selama ini Umno- BN hanya menggunakan senjata pembangunan dan projek segera setiap kali menghadapi Pilihan Raya bagi menarik simpati rakyat.

Kempen pembangunan sudah tidak berkesan lagi dihati rakyat,politik ugut dan umpan itu sudah ketinggalan zaman.Apa yang rakyat mahu,ketelusan pemimpin dan parti yang diwakilinya.

Isu pembangunan menjadi propaganda yang diulang-ulang pada setiap kali pilihanraya yang diadakan.

Selepas menyedari taktik tersebut kurang mendapat sambutan,mereka cuba pula memainkan sentimen bersikap perkauman seperti perarakkan kepala lembu..

Dalam kempen mereka,umno menghasut orang Tionghua supaya menentang hudud yang dibawa Pas, seperti yang berlaku dimana pemuda Mca menghantar memorandom di Ibu Pejabat Pas Pusat sebagai bantahan perlaksanaan hudud,Pas juga dianggap ekstrim.

Manakala ketika berkempen dikawasan orang melayu pula Umno mendakwa Pas lupa janjinya mahu melaksanakan hudud,dan mereka(pas) kini bersekongkol dengan Dap yang menolak hudud.

Inilah sikap talam dua muka yang diamalkan pemimpin Umno-BN sehingga akhirnya mereka ditolak rakyat.

Kita yakin sekarang rakyat makin cenderung kepada pakatan Rakyat terutama anak-anak muda selepas melihat sendiri kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri yang diperintahnya.

Keadaan ini cukup merimaskan pemimpin Umno-BN sekarang untuk menghadapi PRK,lebih-lebih lagi bagi menghadapi PRK Bagan Pinang tidak lama lagi dan PRK negeri Serawak yang mungkin diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

1 comments:

Unknown said...

Aku nak komen gambar kat sebelah kirini.Arghhh,Mat Sabu jadi raja,Mat Sabu jadi raja.habis la Umno...

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template