banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday 15 September 2009

PKR mana satu yang betul niii...???

  Kata; Rusli Abdullah
Shahrudin Abdul Hamid, yang mahu bertanding menentang PAS dan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober ini bukan lagi ahli PKR, kata setiausaha cabang Teluk Kemang.
"Beliau (Shahrudin) telah berhenti menjadi ahli PKR. Dia mahu bertanding atas tiket bebas, itu pilihan dia. Ia (keputusan itu) tidak ada kaitan dengan PKR Teluk Kemang,"

Kata;
Shahrudin, bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendakwa dirinya masih lagi ahli jawatankuasa PKR ranting Kota Lukut.
 
Kata;
Rusli, "Shahrudin telah berhenti daripada menjadi ahli parti lebih dari enam bulan.Tambahnya, PKR juga tidak mempunyai ranting di kawasan yang disebutkan semalam."Mungkin masih dalam penajaan. Tetapi kita tidak pernah luluskan mana-mana ranting di Kota Lukut. Dulu permohonan keahlian Shahrudin pun dibuat terus kepada cabang,penyertaan Shahrudin mungkin didorong motif "pihak lain".

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu
 
Kata;
Shahrudin, menafikan telah keluar parti lebih setengah tahun lalu. Semalam, tambahnya, beliau dihubungi Kamarul – yang juga pengerusi majlis pimpinan PKR Negeri Sembilan – melalui SMS memintanya membatalkan hasrat menjadi calon atau bakal menghadapi tindakan disiplin.

"Saya kata, terserahlah (kepada parti)," jelas Shahrudin, mengulas desakan bekas majikannya itu.

"Kalau itu kehendak mereka, terserahlah. Saya dari awal lagi sudah cakap hendak gunakan logo PKR (untuk bertanding), tetapi tidak diizinkan," kata bapa kepada lima anak itu.

Mengulas dakwaan tidak terdapat cawangan PKR di Kota Lukut, Shahrudin mengakui ranting itu masih di peringkat penajaan.

Bagaimanapun, tambahnya, ranting itu mempunyai wakil dalam mesyuarat cabang serta terlibat menganjurkan beberapa program parti di kawasan setempat.

1 comments:

SEBETULNYA said...

tak pakai lambang pkr,makna calon tersebut tidak mewakili pkr.ertinya beliau sebagai calon bebas.yang penting MANSUHKAN BORANG LAMPIRAN 2 DALAM SISTEM UNDI POS..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template