Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, 30 September 2009

Pemilihan Isa Samad akan menjadikan Umno N9 macam Terengganu



Kematian ADUN Bagan Pinang, Allahyarmah Azman Mohd Nor telah membuatkan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri itu kosong. Kini, semua pihak sedang menanti kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya untuk tarikh bagi penamaan calon dan hari membuang undi bagi kawasan tersebut.

Umno dan Barisan Nasional yang tidak pernah menang di dalam sebarang pilihanraya kecil di Semenanjung selepas Pilihanraya Umum Mac tahun lalu, perlu mengambil serius didalam PRK kali ini.
PRK kali ini boleh menjadi indikasi kepada survival BN samada terus hidup atau terlungkup di dalam pilihanraya umum akan datang.

Berbekalkan “handicap” hampir 5000 undi pos dari kem tentera berdekatan, Umno nampak mudah untuk memenangi kawasan ini. Tetapi, gelombang penolakan rakyat terhadap kepimpinan Umno sudah merebak dan ianya seperti tidak dapat dibendung lagi.

Kini di dalam Umno, difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng yang mahu bersaing untuk meletak calon masing-masing .

Ini tidak masuk dengan permintaan dari Wanita Umno agar diletakkan calon dari ahli mereka.
Namum begitu, saya melihat cabaran dari Wanita Umno dan Umno Seremban bolehlah dikesampingkan. Ini akan menjadikan pertembungan lagi sengit antara kem Isa Samad dan Kem Mohammad Hassan.

 Isa Samad yang diletakkan sebagai calon dan ditakdirkan atas bantuan undi handicap itu dan mereka menang, maka Isa Samad akan menjadi ADUN Bagan Pinang.

Jadi, adakah dia mahu menjadi ADUN biasa? Sedangkan dia dahulu merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 12 tahun (1982-2004) sebelum dilantik menjadi Menteri Wilayah Perseketuan.
Isa Samad pernah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO untuk penggal 2004-2007 namun dilucutkan jawatan pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dalam politik wang dan keahlian Umnonya digantung selama 3 tahun.

Namum begitu, penggantungan keahlian bekas Naib Presiden UMNO selama tiga tahun kerana terbabit dalam politik wang itu berakhir secara rasmi pada Jun 2008.
Jadi, tidak mustahil, jikalau Isa samad sudah menjadi ADUN. Maka, pergolakan sama seperti yang berlaku didalam Umno Terengganu akan merebak ke Negeri Sembilan pula.

Di Terengganu, bekas Menteri Besar Idris Jusoh masih memasang cita-cita untuk menjadi Menteri Besar dan disokong oleh gerombolan yang masih bercita-cita untuk menjadi Exco.
Tetapi, di Negeri Sembilan, ahli-ahli Umno yang ada sekarang adalah anak-anak murid Isa Samad sewaktu dia menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 12 tahun dahulu dan mungkin Isa Samad ingin melakukan come-back dan tidak mahu anak-anak muridnya memintas guru.

LORD AZAAB



CUPING : Kepada pengundi Umno  jangan mengundi Isa Samad,ini mengelak daripada Umno Negeri Sembilan bergaduh sesama sendiri...aku nasihatkan undilah calon PAS, walaupun Pas menang ..Umno Negeri Sembilan tetap masih memerintah..
Dari itu UNDILAH CALON PAS

2 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Apalah sangat kes Isa Samad nak bandingkan denga kes peliwat tegar yang merengkok dalam penjara selama 6 tahun atas salah guna kuasa??

Hakikatnya memang ramai manusia terlajak kerana pengaruh wang ... tetapi seramai mana manusia yang boleh tergior dengan lubang taik???

Lu pikirlah sendiri ..

Anonymous said...

SIAPA ANDA JIKA UNDI PARTI MUNAFIK PAS.

ALLAH MELAKNATI SI PELIWAT,, ANDA ADALAH PENYOKONG PELIWAT.MENJADIKAN SI PELIWAT SEBAGAI IMAN BESAR UMAT PR.

ALLAH MELAKNATI SI PENZINA ,, ANDA ADALAH PENYOKONG PENZINA.

PELIWAT DAN PENZINA HIDUP BERSAMA RAKYAT. PAS FOR ALL

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template