banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday 28 September 2009

KENAPA SEBUK MENCAMPURI HAL EHWAL AGAMA KAMI?

Bila aku timbulkan soal hudud pasti juak-juak umngok pasti takkan berpuas hati,ada yang mengatakan hudud yang Pas hendak menglaksanakan ini adalah hudud dari Pas bukan dari Alquran.

Hudud Pas kejam dan tidak adil,hudud yang datang dari Alquran adalah tidak menyiksakan dan adil.

Tak adilnya kenapa orang Islam kena hukum hudud orang bukan Islam tak kena..

Dalam Alquram kata hukum zina sebat 100 kali tetapi hudud Pas rejam sampai mati...itu kejam


kalau dah ngok seumur hidup pun ngok.Yang undang-undang ko pakai sekarang ni tak kejam ke?
sampai terkoyak buntut kena sebat,oh!! tak zalim le tu..tak menyeksa ke?
kenapa la dengan puak2 baghal nak mampus ni!!



Aku bukan nak cerita Hudud ni untuk juak umngok ni,tetapi aku nak tujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam terutama MCA,MIC,DAP dan lain-lain.

Ketahuilah hudud itu untuk orang Islam dan hak orang Islam yang termaktub didalam agamanya.

Pas tak pernah menghalang orang bukan Islam beragama dan mereka bebas beragama,Pas tak pernah  menentang atau mencampuri urusan dalaman agama yang di anuti oleh orang bukan Islam.

Apa undang-undang dalam kuil,apa undang-undang dalam gereja atau di Tokong-Tokong kita tidak mempertikaikan sedikit pun sebab itu adalah hak beragama masing-masing.

Malah kalau anda pergi ke Kelantan anda dapat melihat betapa banyaknya dan besar-besar tokong dibina,tidak sedikit pun Tok Guru menghalang,malah penduduk disitu yang mejoritinya Islam pun tidak membantah.

Ini menunjukkan masyarakat yang bukan Islam bebas beragama walaupun penduduk disitu mejoritinya orang Islam.

Tetapi apabila Pas ingin menlaksanakan hudud dan ini adalah hak orang Islam tetapi ditentang oleh orang -orang bukan Islam ini..

Apa alasan  anda untuk menetang hudud ini?
Apa hak anda untuk menentang hudud?
Apa kena mengena anda dengan hukum hudud ini?
KETAHUILAH HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA.
 

Kami tidak mencapuri hal ehwal dalaman agama anda,tetapi kenapa anda cuba mencampuri hal ehwal dalaman agama kami?

Adakah bila dilaksanakan hudud ini...Kuil dan Tokong  akan dirobohkan?
Adakah bila dilaksanakan hudud ini anda akan dihukum cara hudud?
Adakah bila dilaksanakan hudud ini anda tidak bebas beragama?

KETAHUILAH HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA.


kalau kamu masih tidak faham perkara ini boleh ditanyakan kepada pemimpin Pas.Atau kalau nak tau lebih mendalam boleh jumpa ulamak Pas.

Ingat jangan bertanyakan soal hudud kepada orang-orang Umno,sebab mereka lebih kurang spisis anda yang menolak hudud,nanti anda bertambah-bertambah la sesatnya.




JANGAN SAMPAI KAMI MENGGANGGU KEBEBASAN ANDA BERAGAMA






CUPING :Umno sesat..lagi menyesatkan

27 comments:

Pejuang said...

betul tu cuping..

sepatutnya mereka tak boleh membantah
kebebasan kita beragama,sedangkan kita membenarkan mereka bebas beragama.

abe MIE 'TERJAH' said...

anwar ibrahim dan zaid ibrahim pernah membantah hukum hudud...

DAP pun bantah...
Karpal singh bapa anti hudud...

kenapa depa tidak diulas....

http://pkrpasdap.blogspot.com

carisinar said...

cuping... cuba ulas kenyataan ini pula?

"Pas akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya," kata Karpal.

Beliau berkata Pas tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam.

carisinar said...

Kata KARPAL lagi pd sidang akhbar pd jan 2009 “Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang,” (merujuk kepada hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.)

"untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam."

"Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan."


SILA ULAS CUPING

carisinar said...

MUNGKIN CUPING PATUT ULAS KENYATAAN ANWAR JUGA:

Kenyataan Anwar disember 2008:-

"To my mind, it is essential because again, in my limited experience, with the Islamic Party, we were known to be strong advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state is no longer on the agenda".

jelaslah bahawa Negara Islam bukan agenda Anwar. Oleh kerana itu, PAS bukan sahaja menghadapi DAP tetapi juga PKR pimpinan Anwar. Maka apa penghujungnya?



MUNGKIN JUGA CUPING PATUT ULAS KENYATAAN LIM GUANG ENG:

"pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,”



ATU JUGA KENYATAAN PENGERUSI PKR PULAU PINANG:

Datuk Zahrain Mohamed Hashim: "sekiranya Pas ingin melaksanakan cadangannya itu, parti itu perlu merujuk pandangan daripada rakan sekutunya sebelum membuat keputusan."

“PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri”

carisinar said...

Hukum HUDUD yang dijaja PAS adalah merupakan hukum hudud ciptaan PAS dan bukan hukun HUDUD ALLAH.

Pandangan saya terhadap HUDUD PAS ini telah saya sebut dan telah saya komen sedikit sebanyak didalam blog ini

Pembaca boleh buka link ini http://cupingmerah.blogspot.com/search?updated-max=2009-09-26T09%3A22%3A00%2B08%3A00&max-results=7

lihat pada tajuk " UMNO MEMPERGUNAKAN ISTANA "

kemudian click comments.

(pembaca tidak boleh membuka secara terus pada tajuk yang dibuka cuping kerana cuping telah menghitamkan semua font yang digunakan didalam komen-komen tersebut.... melainkan pembaca membuka secara manual maka pembaca2 boleh melihat komen-komen yang disertakan)

Malah pembaca sendiri boleh melihat betapa cuping terbelit dan berbelit dalam jawapan beliau mengenai Hudud, dan kecelaruan beliau membezakan HUDUD ALLAH dan HUDUD PAS

carisinar said...

Hudud PAS adalah sebenarnya tokok tambah dari ajaran ALLAH. dan ini merupakan bidaah besar terhadap menentang kekuasaan dan peraturan ALLAH

Maka tidak menjadi halangan jika saya katakan HUDUD yg ingin dibawa PAS bukanlah Hudud Jenayat Islam yang diseru oleh Allah tetapi lebih kepada perjuangan Islam Bid'ah PAS.

kitab Ilmu Ushulil Bid'ah halaman 220 menceritakan
Sebahagian ahli bid’ah datang kepada Ibnu Taimiyah dengan niat ingin memperindah dan menghiasi bid’ah mereka di hadapan beliau. Mereka berkata : “Ya Syaikh, betapa banyak orang yang bertaubat kerana dakwah kami!”
Ibnu Taimiyah berkata : “Mereka taubat dari perbuatan apa?”
Mereka menjawap : “Mereka taubat dari mencuri, merompak, dan lain-lainnya.”
Lalu Ibnu Taimiyah menjawab : “Keadaan mereka sebelum bertaubat (kerana dakwah mereka) lebih baik daripada keadaan mereka sekarang, kerana sesungguhnya mereka dahulu dalam keadaan fasiq dan meyakini keharaman apa yang mereka kerjakan sehingga mereka selalu mengharap rahmat dari Allah dan mereka ingin bertaubat. Adapun sekarang mereka menjadi sesat dan musyrik akibat dakwah kamu bahkan mereka keluar dari Islam dan mencintai apa yang dibenci Allah dan membenci apa yang disukai Allah … .” Kemudian Ibnu Taimiyah menjelaskan kepada mereka bahwa bid’ah yang mereka kerjakan lebih jelek dan hina daripada kemaksiatan lainnya.


kepada cuping... ini peringatan Fudhail bin ‘Iyadl : “Barangsiapa mencintai ahli bid’ah niscaya Allah akan menggugurkan amalnya dan mengeluarkan cahaya Islam dari hatinya"

(Fudhail Bin Iyadh Bin Masood Bin Bishr Al-Tamimi aka Abul Fadhl dan Abu Ali, adalah salah seorang ulam sufi tassawuf, pengganti kepada ulama Abdul Waahid Bin Zaid dan ulama Ibrahim Bin Adham. Beliau meninggal pada 3 rabiul-awal, 187 Hijrah di Mekah Almunawaah. Kuburnya berada dalam Jannatul Ma'la, perkuburan di Mekah.)

carisinar said...

Kerajaan tidak pernah menolak PERUDANGAN ISLAM, yang ditolak adalah HUDUD PAS, kerana HUDUD PAS ADALAH BID'AH.

Walaupun dikatogerikan oleh ulama dgn beberapa bahagian, tetapi BID'AH adalah tetap BID'AH yang membawa maksud secara ringkas MENOKOK TAMBAH apa yang telah di syariatkan oleh ALLAH itu sendiri.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sebaik-baik perkara adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah yang direka-reka (bidah), dan setiap bidah adalah dholalah (sesat).

Seterusnya hadis Nabi yang bermaksud: "Siapa yang mereka-reka (mencipta) dalam perkara kami ini (dalam agama Islam) yang bukan daripadanya (bukan dari ajaran Islam), maka ia tertolak. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ziad berkata: Pernah berkata kepada aku 'Umar radhiallahu 'anhu:
"Tahukah engkau siapa yang menghancurkan agama Islam? Aku berkata: Tidak! Beliau berkata: Yang menghancurkannya ialah orang alim yang jahat (yang sukakan bid'ah), perbincangan (perdebatan) orang munafik tentang ayat-ayat (Allah) dan perlaksanaan hukum dari para pemimpin pemerintah yang zalim". ( Ad-Darami dalam "As-Sunan". Jld. 1. 71. dan seperti yang dinyatakan oleh Ibn Abdulbar serta Abu Syamah

)Memperjuangkan bid'ah adalah SESAT. Maka tidak salah jika saya katakan perjuanan cuping terhadap hudud PAS adalah sesat. Perjuanga cuping adalah perjuangan untuk menghancurkan Islam, maka bertaubat adalah jalannya.

BID'AH yang paling besar apabila PAS mengeluarkan kenyataan bahawa, seperti yang dinyatakan CUPING bahawa "KETAHUILAH HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA."

Maka ketahui jugalah wahai cuping dan pencacai PR, dengan kenyataan seperti yg tersebut anda boleh dikatogerikan sebagai anti HADIS dan SUNAH serta menentang fatwa ULAMA ISLAM. NAUZUBILLAH....!

Hukum Hudud yang telah ditetapkan oleh Islam apabila dilaksanakan maka ianya sudah tentu termasuk orang bukan Islam yang berlindung di bawah negara Islam yang dikenali sebagai "zimmi"."Zimmi mesti membayar "jizyah" sebagai jaminan keamanan terhadapnya di bawah negara Islam.

Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi Muhammad saw pernah menghukum rejam seorang pesalah zina daripada kalangan bangsa yahudi. Sememangnya peristiwa seorang wanita daripada kaum al-Ghamidiyyah yang dijatuhkan hukuman hudud ke atas bangsa Yahudi.

Jelas hukuman HUDUD ALLAH bukan sahaja dilaksanakan ke atas orang Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam yang memberikan taat setia mereka kepada pemerintahan Islam kerana kerajaan Islam bertanggungjawab ke atas semua rakyat dalam negara tersebut.

carisinar said...

Suka saya ulangi; Merujuk kepada kitab penulisan Dr Yusof Qardhawi
"Selain dari apa yang disebutkan oleh mereka iaitu orang bukan Islam, mereka adalah terikat dengan hukum-hukum syariat Islam, tetapi dalam kes. pembunuhan, harta benda dan juga berhubung dengan kehormatan diri, dalam bidang-bidang sivil, jenayah dan sebagainya keadaan mereka, dalam bidang-bidang tersebut samalah dengan orang-orang Islam."

LIHAT TU CUPING.... bahawa mereka (bukan muslim) juga harus menurut bidang-bidang perundangan yang sama.

Dalam konteks ini para ulama ada menegaskan bahawa hak mereka adalah sama dengan hak kita dan tanggungjawab mereka juga adalah sama dengan tanggungjawab kita iaitu prinsipnya, kalau bukan dalam soal-soal yang terperinci. Soal adzimah misalnya, diberikan -" yang mencuri akan dijalankan hukum had - kecurian, seperti mana yang dijalankan ke atas orang Muslim. Begitu juga orang yang membunuh atau menyamun atau menceroboh harta benda atau berzina dengan wanita atau menuduh zina oleh seorang mukhsan".

Yusof Qardhawi yang menyatakan bahawa kalau kita hendak jalankan hudud semua rakyat kena. Tiba-tiba PAS kata boleh pilih. INI LAH BID'AH besar yg diperjuangkan PAS.

Jelas yang Kerajaan tolak ialah hudud yang dibuat oleh PAS,
Bukan kerajaan tolak hudud yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Fatwa Qardhawi bahawa "bila kita laksanakan hudud, bermakna semua orang, kecuali beberapa perkara dalam soal minum arak, misalnya, itu terkecuali bagi orang bukan Islam, kerana ini minuman mereka".

"Apa yang lebih dekat kepada realiti kehidupan ialah sistem perundangan yang tidak Islam itu dipinda secara berperingkat dan digantikan dengan Islam tanpa perlu merombak dasar-dasarnya " - berperingkat-peringkat. Inilah yang kita sebutkan dan kita ambil pengertian daripada pendapatan ulama dalam Usul Fiqh yang bermaksud, tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua, sedikit pun memadai.

carisinar said...

Suka saya ulangi; Merujuk kepada kitab penulisan Dr Yusof Qardhawi
"Selain dari apa yang disebutkan oleh mereka iaitu orang bukan Islam, mereka adalah terikat dengan hukum-hukum syariat Islam, tetapi dalam kes. pembunuhan, harta benda dan juga berhubung dengan kehormatan diri, dalam bidang-bidang sivil, jenayah dan sebagainya keadaan mereka, dalam bidang-bidang tersebut samalah dengan orang-orang Islam."

LIHAT TU CUPING.... bahawa mereka (bukan muslim) juga harus menurut bidang-bidang perundangan yang sama.

Dalam konteks ini para ulama ada menegaskan bahawa hak mereka adalah sama dengan hak kita dan tanggungjawab mereka juga adalah sama dengan tanggungjawab kita iaitu prinsipnya, kalau bukan dalam soal-soal yang terperinci. Soal adzimah misalnya, diberikan -" yang mencuri akan dijalankan hukum had - kecurian, seperti mana yang dijalankan ke atas orang Muslim. Begitu juga orang yang membunuh atau menyamun atau menceroboh harta benda atau berzina dengan wanita atau menuduh zina oleh seorang mukhsan".

carisinar said...

Yusof Qardhawi yang menyatakan bahawa kalau kita hendak jalankan hudud semua rakyat kena. Tiba-tiba PAS kata boleh pilih. INI LAH BID'AH besar yg diperjuangkan PAS.

Jelas yang Kerajaan tolak ialah hudud yang dibuat oleh PAS,
Bukan kerajaan tolak hudud yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Fatwa Qardhawi bahawa "bila kita laksanakan hudud, bermakna semua orang, kecuali beberapa perkara dalam soal minum arak, misalnya, itu terkecuali bagi orang bukan Islam, kerana ini minuman mereka".

"Apa yang lebih dekat kepada realiti kehidupan ialah sistem perundangan yang tidak Islam itu dipinda secara berperingkat dan digantikan dengan Islam tanpa perlu merombak dasar-dasarnya " - berperingkat-peringkat. Inilah yang kita sebutkan dan kita ambil pengertian daripada pendapatan ulama dalam Usul Fiqh yang bermaksud, tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua, sedikit pun memadai.

ntah laaa..... said...

yg ngaku islam pon tak beriya-iya & cari peluang utk X menjayakn apatah lagi yg ngaku tak islam...
pepon hrp2 yg ade kuasa mulakn dulu kempen besar2an dlm mendidik 1 m'sia tentang kehebatan & hikmah hukum tuhan...

carisinar said...

Jelas dengan berfakta, bahawa HUDUD PAS bukan HUDUD yang disyariatkan oleh ALLAH.

HUDUD PAS ADALAH BID'AH (tokok tambah). Bid'ah adalah sesat dan sesiapa yang menyokong perjuangan HUDUD PAS maka mereka adalah sesat dari ajaranNYA.

carisinar said...

Jelas dengan berfakta, bahawa HUDUD PAS bukan HUDUD yang disyariatkan oleh ALLAH.

HUDUD PAS ADALAH BID'AH (tokok tambah). Bid'ah adalah sesat dan sesiapa yang menyokong perjuangan HUDUD PAS maka mereka adalah sesat dari ajaranNYA.

along43 said...

ko tayangkan orang MCA protes, kenapa lak ko tak tayangkan DAP protes????..Ini ke keadilan yg kau perjuangkan...Bak kata pemimpin DAP.."Langkah mayat aku dulu"....tetapi korang macam rasa berbangga lak dengan statement pemimpin DAP tu...pelikkan!!!!

hadi said...

Ni la namanya demokrasi Pakatan Rakyat yang pergunakan nama rakyat untuk kepentingan diri sendiri.. Jangan la sesatkan umat islam di malaysia dengan auta korang tu.. BERTAUBATLAH bak kata kapral singh kpd anwar ibrahim..

Kenapa sampai sekarang tak laksanakan hukum hudud kat KELANTAN?? Kan tu bawah kuasa kerajaan negeri.. Buat la.. Sampai sekarang senyap je..

Anonymous said...

CUPING NI SPESIS LEMBU KE APA..

KALAU DEWA SI HAJI HADI DAH KELU NAK JAWAB BAB HUDUD PAS NI,, KAU MASIH NAK SEBARKAN KEBODOHAN KAU TU. KAU MEMANG SPISES LEMBU NYANYOK.,, SERUPA DEWA NIK AZIZ,,.

APSAL OTAK SPESIS UMAT PAS SEMACAM JEEEEE.???
MACAM ORANG MABUK ARAK..MUNGKIN BAHANA BACA hARAK ah. kitab sesat lagi menyesatkan.

CUPING MERAH said...

artikal ni aku keluarkan untuk mereka yang bukan islam kerana menolak hudud...apa yang mereka tahu tentang hudud?

biar mereka faham tentang kebebasan beragama dan hak-hak orang islam

CUPING MERAH said...

seperti yang aku nyatakan sebelum ini ..hudud yang hendak dilaksanakan oleh pas adalah mengikut alquran dan hadis

apa-apa pun tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada pas adalah tidak berasas dan tiada bukti..

carisinar said...

HUDUD yang diperjuangkan PAS bukan lah HUDUD ALLAH (yg mengikut Al-Quran dan Hadis)

HUDUD PAS adalah HUDUD BID'AH.
Dan ALLAH melaknatkan mereka (sehingga bertaubat) yang masih berpegang kepada unsur BID'AH dari ajaran sebenarnya.

Dibawah saya sertakan 3 contoh betapa BID'AHnya HUDUD PAS.

Contoh yang disertakan adalah diambil dari DRAF ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN

Pencacai PR yang masih percaya bahawa enakmen ini adalah fitnah dan reka cipta kerajaan pusat dan BN, maka anda dipersilakan membuat download sebanyak mana mungkin dari laman2 web blogger PR dan PAS malah anda sediri boleh membuat muat turun dari laman web PAS itu sendiri.

carisinar said...

Saya belum lagi (dan pasti akan) menjelaskan beberapa perkara BID'AH HUDUD ciptaan PAS yang lain.

Malah saya belum lagi menjelaskan beberapa dan bagaimana Hukum Allah yang telah diasimilisasikan oleh Kerajaan didalam Perundangan Malaysia.

Cuma saya masih menanti bantahan dari cuping dan pandangan cuping keatas tuduhan saya kepada 3 contoh betapa BID'AH nya HUDUD PAS (seperti mana yag telah saya sertakan semalam).

Dan pastinya saya juga akan berikan contoh beberapa keliruan dalam PAS itu sendiri sehingga wujudnya 3 versi hudud PAS, yang mana seharusnya dan dituntut hanya 1 hudud iaitu HUDUD ALLAH.

Ingat tu.... terdapat 3 versi perundangan hudud PAS..... NAUZUBILLAH !

carisinar said...

Namun apa yang paling SESAT DAN MENYESATKAN hukum HUDUD BID'AH PAS ini adalah; seperti yg dinyatakan CUPING "KETAHUILAH HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA."


Dengan kenyataan seperti yg tersebut anda boleh dikatogerikan sebagai anti HADIS dan SUNAH serta menentang fatwa ULAMA ISLAM. NAUZUBILLAH....!


1... Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi Muhammad saw pernah menghukum rejam seorang pesalah zina daripada kalangan bangsa yahudi. Sememangnya peristiwa seorang wanita daripada kaum al-Ghamidiyyah yang dijatuhkan hukuman hudud ke atas bangsa Yahudi.

Jelas hukuman HUDUD ALLAH bukan sahaja dilaksanakan ke atas orang Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam yang memberikan taat setia mereka kepada pemerintahan Islam kerana kerajaan Islam bertanggungjawab ke atas semua rakyat dalam negara tersebut.

carisinar said...

2... Merujuk kepada kitab penulisan Dr Yusof Qardhawi
"Selain dari apa yang disebutkan oleh mereka iaitu orang bukan Islam, mereka adalah terikat dengan hukum-hukum syariat Islam, tetapi dalam kes. pembunuhan, harta benda dan juga berhubung dengan kehormatan diri, dalam bidang-bidang sivil, jenayah dan sebagainya keadaan mereka, dalam bidang-bidang tersebut samalah dengan orang-orang Islam."

Dalam konteks ini para ulama ada menegaskan bahawa hak mereka adalah sama dengan hak kita dan tanggungjawab mereka juga adalah sama dengan tanggungjawab kita iaitu prinsipnya, kalau bukan dalam soal-soal yang terperinci. Soal adzimah misalnya, diberikan -" yang mencuri akan dijalankan hukum had - kecurian, seperti mana yang dijalankan ke atas orang Muslim. Begitu juga orang yang membunuh atau menyamun atau menceroboh harta benda atau berzina dengan wanita atau menuduh zina oleh seorang mukhsan".

"Apa yang lebih dekat kepada realiti kehidupan ialah sistem perundangan yang tidak Islam itu dipinda secara berperingkat dan digantikan dengan Islam tanpa perlu merombak dasar-dasarnya " - berperingkat-peringkat. Inilah yang kita sebutkan dan kita ambil pengertian daripada pendapatan ulama dalam Usul Fiqh yang bermaksud, tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua, sedikit pun memadai.

carisinar said...

Berikut saya sertakan 3 contoh BETAPA BID'AHnya HUDUD PAS berbanding HUDUD ALLAH

1...
Hudud BID'AH PAS: (Bahagian I, perenggan 6 ; Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993)
“Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.”

HUDUD ALLAH: Hukuman hudud PAS ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri.
Firman-Nya,
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).

Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,
“Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

carisinar said...

2...
Hudud BID'AH PAS, (Bahagian I, perenggan 9 ; Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993)
“Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) dihukum bunuh dan selepas itu diSALIBkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;
(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki .....”

HUDUD ALLAH: Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,
“Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).

Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).

Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41).
Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178).

carisinar said...

3...
Hudud BID'AH PAS, (Bahagian I, perenggan 11 ; Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993)
“(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.”

HUDUD ALLAH: Hukuman hudud PAS bahagian ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi
“Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.

Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun.

Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,
“Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).

carisinar said...

Dengan 3 contoh yang diambil dari Draf Hudud Kelantan, maka terbukti bahawa HUDUD PAS penuh dengan unsur2 BID'AH

Malah dengan pendapat HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA adalah satu pandangan yang songsang lagi sesat dan menyesatkan

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template