banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Saturday 19 September 2009

Adakah pengganti seperti Tok Guru?

Bila bercakap soal siapakah pengganti Tok Guru Nik Aziz,bukan kita menafikan kewibawaan Timbalannya sekarang untuk mengambil alih tempat tersebut.


Tok Guru Nik Aziz memang seorang pemimpin yang diakui kewibawaannya,kebaikkannya,dan keberkesanannya sebagai pemimpin Islam dalam dunia hari ini.



Dalam tempoh 19 tahun kepimpinannya di Kelantan dengan pelbagai perubahan penting yang dilakukannya,adalah bukti jelas bahawa dia adalah pemimpin Islam yang ulung pada hari ini.





kelantan bertuah kerana mendapat pemimpin yang seperti ini.


Cara dia berpakaian,tinggal dalam rumah seperti rumah dia,yang tiada pagar tiada orang gaji,bersebelahan dengan Masjid,dalam kawasan Sekolah Agama yang dijalankan oleh ahli keluarganya,tiap waktu menjadi Imam di Masjid dan khasnya Solat Subuh setiap pagi,dengan Tazkirah ringkas selepas Solat Subuh.



Selalu menyampaikan Kuliah Agama, tak kira dimana dan tak kira sama ada pendengarnya ramai atau sedikit.Dan setiap pagi Jumaat,selama satu jam,menyampaikan Kuliah Tafsir Alquran di tengah-tengah bandar Ibu Negeri.



Hidup serba sederhana,suka memberi sedekah,duit gajinya setiap bulan dipotong 45 peratus untuk sumbangan kepada parti dan Kerajaan,elaun rumah tak diambilnya,elaun keraian tak diambilnya,elaun buka puasa dan elaun hari raya tak diambilnya.


Keserhanaannya itu,dan cara dia membawa diri yang memperlihatkan tawaduk dan ikhlasnya dia itulah yang banyak memikat orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu kepada dia,hingga orang Siam,orang Cina dan orang India pun secara ikhlas memanggil dia "Tok Guru kita".



Maka kita mengakui peribadi dan cara serta gaya hidup Tok Guru Nik Aziz itu adalah bahagian daripada ciri-ciri kepimpinan berkualiti tinggi.


Kenapa tidak ada dikalangan pemimpin Pas Kelantan yang mengikut dan buat sama seperti itu?

Kalau nak bandingkan aku dengan Tok Guru,pehh!! Jauh langit dengan bumi..

Klau nak dibandingkan orang Umno dengan Tok Guru,pehh!! Tak ada jarak hendak diukur…

9 comments:

Tok Tam said...

Assalamualaikum. Minta izin berbicara. Kalau nak dapat pengganti TGNA kenalah beramal sepertinya kerana natijah daripada amalan menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW dapat dilihat dalam kehidupan, seperti yang pernah kita dengar " Syariat itu perkataan ku, tariqat itu perbuatanku ( amalan )dan hakikat itu tingkahlaku aku " ( sabda Rasulullah SAW.)

CUPING MERAH said...

betul kata saudara..

klau bagi diri saya,tak mampu untuk saya lakukan...

mungkin saya boleh belajar agama sepertinya, tetapi belum tau mampu untuk melakukan sepertinya..

Unknown said...

Salam cuping,itulah yang aku dok pikir tu..Tengok pada saf kepimpinan kelantan hari ini belum ada lagi orang yang dapat menggantikan beliau dari segi keiklasan dlm berjuang,zuhud,hidup sederhana,banyak berkorban untuk rakyat tidak hipokrit.susah nak cari gnti tu..

Yang ramai yg nak jatuhkan dia ada lah..masing2 ada kepentingan.

Terjah semacam said...

ni lah yg duk brmain d kepala rakyat kelantan. Sbb apa rakyat kelantan duk pk, adakh kita akn trus aman n makmur seperti skrg ini. Smoga allah akn membri penganti yg akan meletakkn islam sabgai landasan n pegangan hidup.

sebetulnya said...

salam...kelantan terus membangun bersama islam.islam membangun dengan indah di kelantan.Alhamdullilah satu anugerah dari Illahi...moga kelantan terus dipimpin oleh ulamak.Amin...

Prof. Era Pasca said...

ALLAH maha adil... jika ditarik nyawa TGNA dari jasad, sudah tentu ALLAH sediakan 100 orang seperti beliau... kite hanya mmpu berdoa.. insyaallah..

Anonymous said...

SAPE NIK AZIZ TU... MURSIDUL AM PARTI ISLAM SEDUNIA KO?

DALAM MALAYSIA JAA.. KAT KELANTAN JAAA.

KAT UNIVERSITI AL AZHAR ADA BERAPO BUTIL KITAB KARANGAN NIK AZIZ NI YG JADI KITAB RUJUKAN UMAT ISLAM. TENTU BLANAAA DEHH...

HIDUP HUDUD PAS.

CUPING MERAH said...

kitab blmbok kalu stakat nok baco..

cerito kitab wak gapo kalu baco pon dok...

Anonymous said...

Bukan kita mengukur tahap keimanan beliau.. mungkin itu hanya luaran.. dalam siapa tahu? mungkin TGNA ada simpanan kat luar? melabur kat syarikat luar.. sapa tahu? Kenapa sampai sekarang tak buat hukum hudud kat kelantan? kenapa? kenapa tak sebat je orang yang berzina di kelantan? kenapa pahang boleh buat?

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template