banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday 24 August 2009

"VETERAN UMNO" SURUH ROHAIZAT UNDUR DIRI



Ramai dikalangan veteran UMNO Pulau Pinang mendesak calon Barisan Nasioanal(BN) N11 Permatang Pasir, Rohaizat Othman undur diri daripada meneruskan hasrat bertanding menentang calon PAS,Ustaz Salleh Man.

Daripada sumber yang diterima, ramai veteran BN kecewa terpaksa menanggung kejadian yang memalukan.

Sepatutnya bagi mereka calon yang seharusnya menanggung parti kerana parti yang akan meningkatkan masa depannya sebagai seorang calon muda.

Kekecewaan itu tidak boleh ditahan lagi ekoran tabiat buruk khususnya menggelapkan wang Persatuan Pekebun Kecil Pulau Pinang bernilai rm 140 ribu dan penipuan dengan pelanggannya melibatkan wang tanah,perumahan dan sebagainya.

Rohaizat juga dikatakan terlalu lemah untuk berhadapan dengan situasi sekarang dengan tidak tahandengan lemparan yang dihalakan kepadanya sekaligus memalukan keluarga,isteri,anak,ibubapa dan orang kampungnya sendiri di Mengkuang Titi,Bukit Mertajam.

UMNO mungkin terasa penghinaan, menjaja seorang calon yang mempunyai sejarah hitam yang selama ini tersembunyi dalam lipatan peribadi tetapi kini semuanya terdedah samada didada akhbar atau blog.

UMNO sudah tertekan dan mengharapkan Perdana Menteri,Dato Sri Najib Tun Razak melakukan sesuatu untuk mengembalikan sokongan atau mengarahkan timbalannya,Muhyidin Yassin membuka teori baru menyelamatkan keadaan yang telah tercalar setelah kesnya terdedah satu demi satu lebih-lebih lagi pendedahan baru bekas rakan kongsi dalam firma guamannya,Yusri Isahak di Yayasan Aman,Penanti.

Veteran UMNO kecewa seorang tokoh muda yang dicungkil dari UMNO Bahagian Permatang Pauh yang juga memegang jawatan setiausahaBahagian rupanya mempunyai latar belakang hitam yang selama ini tidak di ketahui umum.

Justeru, veteran UMNO sendiri berharap kepimpinan BN terlebih dahulu menyaring nama-nama calon yang dicadangkan jangan lagi terlalu gopoh seolah-olah menampakkan UMNO ketandusan calon terumanya dibahagian Permatang Pauh.

Bagi mereka biar kepimpinan sendiri yang menentukan orang yang benar-benar layak untuk menggalas tanggungjawab penting demi maruah bangsa,Negara dan agama.

2 comments:

zali said...

sapa veteran umno yang ramai tu?

saya juga boleh buat posting dengan
tajuk 'veteran pas yakin umno menang
besar di permatang pasir'

sapa nak percaya masalahnya...
begitu juga dengan posting ni...

SAPA NAK PERCAYA?

CUPING MERAH said...

dari sumber yang "dipercayai"

pasti ramai yang percaya...

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template