Persoalannya, benarkah selama ini parti DAP yang menghalang dan menentang keras hukum hudud daripada dilaksanakan di Negara kita?
Bukankah Pakatan Rakyat melalui "meja bulat"nya mempunyai perancangan dan formulanya yang tersendiri dalam agenda untuk melaksanakan hukum Allah ini?
Sehingga ke hari ini,dari pihak DAP belum ada lagi hujah-hujah,kenyataan-kenyataan mahu pun teori-teori logik akal yang menyanggah kenapa dan mengapa hukum hudud ini tidak boleh dilaksanakan di Negara Malaysia.
Mungkin suatu ketika dahulu kita pernah membacanya bagaimana bekas orang nombor satu Negara yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dari parti Umno pernah mengeluarkan hujah-hujah dangkal mengikut logik akalnya membidas dan menggodam hukum Allah ini tampa mengira sensitiviti umat Islam di Malaysia khususnya atas alasan memberi pemahaman kepada masyarakat Islam di Malaysia.
Masih segar diingatan kita bagaimana tindakan yang bakal di kenakan keatas Negeri Kelantan oleh kerajaan persekutuan sekiranya kerajaan Kelantan tetap terus mahu menegakkan hukum Allah ini di bumi Kelantan?
Lupakah kita pada perkara itu?
Jadi adakah benar parti DAP yang menentang keras hukum hudud ini dari dilaksanakan di Negara kita?
Andainya benar sekalipun saya berpendapat parti DAP majoritinya adalah orang bukan Islam dan sudah pasti ia memerlukan masa untuk memahaminya.
Yang menjadi masalah sekarang ialah orang Islam yang menentang hukum ini dari dilaksanakan.
Janganlah menjadikan parti DAP sebagai batu loncatan demi memenuhi matlamat atau agenda yang tersembunyi.
Kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat,teruskan usaha murni kalian untuk membantu rakyat bawahan seperti kami.
Usah dilayan perkara kecil yang sengaja ditimbulkan demi melihat Pakatan Rakyat terus dilanda permasalahan.Agenda Pakatan Rakyat perlu diteruskan dan dikotakan.
0 comments:
Post a Comment