Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 11 August 2009

Replika gergasi Najib di Batu Caves diroboh semalam



11 Aug 2009 11:29AM

REPLIKA gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam tidak lama ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang.


Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap Umno yang membantah replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut.

Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik. / Mkini BM

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template