Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, 5 August 2009

Mudahnya nak jadi kafirrrrr.....

Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya, Nabi mengatakan ada orang yang paginya islam, petangnya kafir. Begitulah mudah sekali orang Islam untuk menjadi kafir. Mengikut hadisnya begitulah. Apabila kita melihat pada situasi rakyat Malaysia, adakah benar orang Melayu Islam pun terkena dengan hadis Nabi ini?


Sebenarnya adalah terlalu luas perbincangan yang boleh dilakukan berkaitan orang Islam menjadi kafir. Dalam kes kumpulan JIT (Jangan ikut Tuhan) seperti yang sering keluar di dalam majalah Mastika, mereka yang mengamalkan amalan JIT ini memang sudah sangat jelas mereka menjadi kafir. Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah satu persoalan yang banyak sekali dilakukan oleh orang Melayu Islam namun mereka sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka juga telah menjadi kafir.

Sebelum saya membincangkan perkara yang sangat ingin saya bincangkan di sini, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan semula tulisan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) berikut:

Perkara-perkara menggugurkan keislaman

Berikut adalah petikan hal-hal yang menggugurkan Islam menurut Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :

Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:

1. Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".

Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:

"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'."

Di antara bentuk syirik itu adalah berkorban untuk selain Allah seperti berkorban untuk jin atau kuburan.

2. Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.

3. Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.

(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)

4. Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.

5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya

"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

7. Sihir: seperti sharf dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:

“Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".

8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:

Al Maidah: 51. Ertinya:

"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".

9. Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:

As Sajjadah: 22. Ertinya:

"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".

Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.

6 comments:

Mata Hati Jiwa said...

8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:

Al Maidah: 51. Ertinya:

"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".

sama la ngan Pas mengangkat DAP..

so apa cerits...

Dap kata JIM pengganas.. kerajaan PR kat penang sapa ada dalam tu?

kah..kah..kah..
ludah la lagi ke langit..

Mata Hati Jiwa said...

5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya

"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

Betol..betol..betol..
macam pemimpin2 Pas la.. xnak ikut ajaran Islam yang sebenar..
nabi ajar agar kita bersatu sesama Islam.. Pas kata NO way..NIk Aziz kata pi jahanam..BUkan xikut ajaran nabi ker tu?

Menggunakan ayat2 suci al-quran untuk kepentingan politik demi kuasa dan kekayaan.. malah ada khatib dari orang PAS bangga apabila si cina kafir harbi guna ayat al-Quran.. tidakkah itu memperolok2kan ayat2 Al-Quran..

cuba ko jawab sikit.. kalau ada teloqqqq la..
kalau setakat blogger pondan ko x siar komen nih ok..

kah..kah...kah..

CUPING MERAH said...

mata hati jiwa kosong said...

Menggunakan ayat2 suci al-quran untuk kepentingan politik demi kuasa dan kekayaan.. malah ada khatib dari orang PAS bangga apabila si cina kafir harbi guna ayat al-Quran.. tidakkah itu memperolok2kan ayat2 Al-Quran.

*klau tk tau apa BAB AGAMA jangan dok belajaq nk komen...

1)KITA SBGAI UMAT ISLAM DILARANG MENGETEPIKAN AGAMA DIDLM URUSAN
KEHIDUPAN KITA.URUSAN AGAMA TIDAK BOLEH DI HUKUMKN DGN LOGIK AKAL KITA
TANPA PANDUAN SUNAH DN QURAN ATAU KITAB2..POLITIK DAN AGAMA ADALH
BENDA YG SAMA..JIKA POLITIK DAN AGAMA TAK BOLEH DI CAMPUR ADUKKAN
BERMAKNA KAMU KAFIR KERANA TIADA AGAMA SEMASA BERPOLITIK.DI MANA AGAMA
SEMASA KAMU BERPOLITIK????TGGL DLM ALMARI KAT RUMAH???KALAU MATI MASA
TU MAKNE KAFIR LAH.

2)DARIPADA ULAMAK-ULAMAK MUKTABAR MEREKA ORANG BUKAN ISLAM HANYA TIDAK BOLEH MEMEGANG ALQURAN,SEPERTI ORANG ISLAM YANG TIADA BERWUDUK.

TIDAK SALAH ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA ALQURAN JIKA DI TERJEMAH DENGAN BETUL.

DAH LA KO TK MENDEKATKAN ORANG BUKAN ISLAM DENGAN ISLAM DAN TIDAK DAKWAH UNTUK MENGHAYATI KALAMULLAH AYAT ALLAH,MUDAH-MUDAHAN MEREKA MENDAPAT HIDAYAH MALAH KO MELARANG PULAK..MANA FATWA KO DAPAT?

KO SENDIRI TK NK MENDALAMI ALQURAN,ORANG LAIN BACA KO DENGKI..PASAL DIA LEBIH TERER DARI KO KUT..
TANYALAH MANA2 ULAMAK DAN BUKALAH MANA2 KITAB FEQAH DALAM CERITA2 SEJARAH TENTANG MUSUH2 ISLAM YANG MEMBACA QURAN.

PERNAH KETIKA DULU ZAMAN NABI SAW,SEORANG KRISTIAN NASORO MEMBACA ALQURAN DAN MENANYA BEBERAPA AYAT DIDALAM ALQURAN DAN NABI MENJAWAB DENGAN TEPAT,NABI TAK KATA SALAH PUN BACA AYAT ALQURAN

ADA BEBERAPA ORANG PEMUKA YAHUDI BERJUMPA DENGAN RASULALLAH SAW,DAN MEMBACA BEBERAPA BARIS AYAT DALAM SURAH ALQAHFI,MEMINTA NABI JAWAB SIAPA ZULKARNAIN,DIMANA BENTENG YAKJUD-MAKJUD KLAU TAHU KAMI NK MASUK ISLAM DAN NABI JAWAB MEREKA PUN MASUK ISLAM,NABI TK KATA PUN
SALAH BACA AYAT ALQURAN

DAN DISINI ULAMAK2 BERKATA..TIDAK SALAH ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA ALQURAN,APATAH LAGI DITERJEMAH DENGAN BETUL DENGAN TUJUAN MENGINGATKAN MANUSIA KEPADA ALQURAN.

Anonymous said...

kah..kah..kah..

bingai betui la..
yang kafir cina tu baca ayat suci bkn kerana nak cari kebenaran.. kenapa la ko xsedar2 lagi..

kesian2...

Anonymous said...

yang mata hati jiwa nampak tentang kerajaan perpaduan je..yang k'jaan BN tolak hudud tu dia xnampak..hudud tu kan ajaran nabi..

Anonymous said...

SEBENARNYA MAHKLUK YG BERNAMA MATA HATI JIWA TU PADA PANDANGAN SAYA ADALAH "MACAI TOTOK UMNO" DAN SEPERTI BIASA APA2 YG BERKAITAN NGN UMNO SUMENYA BANGGANG, BODOH, TOLOL DAN KLU BERHUJJAH XBERFAKTA DAN MEMBABI BUTA PENUH RASIS.DAN LAGI SATU SEPECIS NIE JENIS X BERTELUR AJAK DEBAT MENGELAK, TAKUT BACUL DAN PENGECUT

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template