banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 15 July 2009

N-41 Manek Urai: Kisah Sedih Sehari Sebelum Pengundian-perisik rakyat

Aku dah balik dari Manek Urai sebaik selesai pengiraan undi semalam. balik, bukan bermakna aku berada di Selangor. cumanya aku balik ke Kota Bharu semula. tak tau berapa lama lagi aku akan berada disini.

Hari ni aku nak kongsi 1 kisah sedih yang berlaku di Manek Urai sehari sebelum hari pengundian.

Pagi isnin sebelum waktu zohor, ada kematian di Manek Urai baru. ini kubu kuat UMNgOk dan kematian yang berlaku melibatkan keluarga orang kuat UMNgOk (cukup terkenal dengan kebiruannnya). anak beliau yang berumur dalam lingkungan 20an mati mengejut.

Jenazah kemudian disempurnakan (aku ringkaskan) kemudian dibawa ke Masjid Manek Urai Baru untuk disembahyangkan disitu. di Masjid ni berlaku perkara yang agak tidak seronok sebenarnya.

Masa bapa arwah mohon bilal masjid tersebut untuk menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan, bilal masjid berkenaan yang juga penyokong kuat PAS memberi syarat kepada bapa arwah supaya berjanji untuk mengundi PAS dalam Pilihanraya yang akan diadakan esok, atau jenazah tidak akan disembahyangkan.

Kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang jemaah yang kebetulan berada di dalam masjid tersebut termasuk seorang orang kuat PAS disitu yang kemudiannya mengambil keputusan menjauhkan diri dari konflik yang berlaku.

Rupanya dalam kawasan begini masih berlaku lagi kejadian-kejadian seumpama ini. malas nak komen panjang-panjang cuma aku rasa tak sepatutnya bilal tu buat macam tu dalam keadaan macam tu. menyempurnakan jenazah adalah fardhu kifayah dan tak sepatutnya menjadi masalah walaupun berbeza pandangan politik.

Itu 1 bab yang tak elok.

Lepas selesai jenazah disembahyangkan berlaku lagi 1 perkara yang mengaibkan... jenazah disembahyangkan dengan sempurna oleh tidak sampai 15 orang makmum dan untuk menyempurnakan jenazah di kuburan pula berlaku masalah kerana yang ada selepas untuk ke kuburan hanya 4 orang ahli keluarga terdekat sahaja yang langsung tidak ada asas dan pengalaman menguruskan jenazah.

Rakan-rakan politik bapa arwah langsung tak menjenguk keluarga arwah walaupun bapa arwah bukan calang-calang orang di kawasan tu... kalau sebut UMNgOk, memang akan melekat nama bapa arwah kerana kepekatan darah birunya.

Tapi malang, bila berlaku kematian, sorang pun rakan politik tak datang menjenguk jauh sekali nak bersama menyempurnakan jenazah anak beliau.

Apa yang berlaku dikuburan, malas aku nak ceritakan tapi cukup aku katakan, bapa arwah terpaksa merayu pertolongan orang kuat PAS untuk menyelesaikan urusan pengkebumian.

2 kejadian yang tak sepatutnya berlaku dalam hal ni bagi aku.

1 - Perbezaan politik tak sepatutnya menjarakkan kita dalam hal-hal keagamaan.

2 - UMNgOk hanya memerlukan PAS sekiranya mereka tersepit... contohnya dalam hal kematian. kawan-kawan dalam parti cuma peduli pada hal dunia sahaja tetapi bila masuk bab agama, semua hilang. macam tu jugak bila parti dah lemah, dah tersepit, mula la terhegeh-hegeh nak berkawan dengan PAS.

Ikut pada cerita yang aku dapat lepas sembang dengan orang tempatan, kejadian macam tu memang berlaku sejak lama dulu. tipikal orang UMNgOk... bila ada sesiapa yang sakit mereka akan melawat, tapi kalau yang sakit tu 50-50, jangan harap mereka akan jenguk.

Macam tu jugak bila berlaku kematian dalam keluarga orang UMNgOk, keluarga simati terpaksa bersusah payah menebalkan muka merayu orang-orang PAS untuk menyempurnakan jenazah. perkara ni bukan baru di sini. dah lama dah...

Tapi aku heran... kenapa masih ada orang UMNgOk yang keras hatinya dan susah sangat nak berubah..? jadi aku cari 5-6 orang UMNgOk untuk dapatkan cerita dari mulut mereka sendiri. jawapan yang amat mengejutkan yang aku dapat ialah... "mati ni bukan selalu, biar orang PAS je yang urus, kita nak hidup tiap-tiap hari, jadi UMNgOk je yang boleh tolong kita..."

Dalam hati aku...

Masya-Allah...

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template