banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 17 July 2009

Iktibar disebalik Manek Urai-roslan sms corner

Bahang pertarungan dan pergelutan di medan Manik Urai telah pun reda dan selesai. Syabas diucapkan kepada Sdr. Mohd Fauzi Abdullah , laksanakanlah amanah yang diberi oleh rakyat itu sebaik mungkin sebagai wakil yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam. Seluruh negara berbangga dengan pencapaian PAS itu walaupun dengan majoriti yang amat tipis kerana PAS lah satu-satunya wadah harapan yang kekal dengan prinsip dan dasar perjuangannya.

Tidak keterlaluan dikatakan PAS menang bukan lebih kerana calonnya, jenteranya atau mana-mana pemimpinnya, tetapi PAS menang lebih kerana Islam, bukan hanya di Manek Urai malah seluruh negara dari Perlis hingga ke Johor, bukan hanya PRU ke 12 malah sejak Merdeka warna Islam yang ia kibarkan itulah yang membawa barakah dan menyejukkan hati rakyat untuk mengundinya.

Kemenangan di Manek Urai ini merupakan “hatrick” ataupun kemenangan tiga kali berturut-turut buat PAS dari Kuala terengganu ke Bukit Gantang dan kini Manek Urai, suatu pencapaian luar biasa dan perkembangan baru buat parti dan gerakan Islam ini. Namun yang ketara cumalah kalau kemenangan yang sebelumnya iaitu di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, besar dan membanggakan (walaupun kita tidak memerintah Terengganu dan baru sahaja terlepas kuasa di Perak), walaupun bertembung dengan jentera BN yang bagaikan gergasi berkaurng emas, di Manek Urai undi kita merosot, majority kita susut dab BN berjaya menambahkan bilangan undi mereka.

Kita menang dengan majoriti 65 undi berbanding 1352 undi majoriti yang kita perolehi pada PRU ke 12 lalu. Benar “a win is a win” walau dengan 1 undi, namun sebagai sebuah gerakan Islam, parti yang bertunjangkan adab dan prinsip Islam, kita perlu bermuhasabah menyaring dan merenung dimana kekurangan dan kesilapan kita kalau mahu dibandingkan dengan di Kuala Terengganu dan di Bukit Gantang. Biar kita berterus-terang, jujur demi kelangsungan perjuangan yang maha suci ini

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template