banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday 22 June 2009

Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz Terima Bersyarat-pahang daiy


KOTA BAHARU [6.01 am] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), semalam membuat kenyataan lebih "lembut" dan memberi persetujuan bersyarat terhadap rundingan mengenai kerajaan perpaduan PAS dan UMNO hasil cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana "berkeras" menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang "istiqamah", tegas memperjuangkan perkara yang benar. Katanya, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh setahun lalu iaitu PAS mesti bersama dengan Pakatan Rakyat. "Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. "Degil bermakna kita pertahan benda salah bermati-matian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah. "Jadi kalau ada pihak dalam PAS yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat dan nak juga perpaduan dengan UMNO, itu sudah kacau. Jangan buat begitu," katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini. Nik Aziz berkata, beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya. "Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh. "Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke Pas Pusat, bahas di peringkat negeri-negeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya. Menurutnya, perbincangan dengan UMNO juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan hanya perbincangan isu Melayu semata-mata.


[Isu kerajaan perpaduan ini jelas sekali hanyalah "omongan kosong" yang dicanangkan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional dalam merosakkan kesepakatan yang ada dalam Pakatan Rakyat. Malah, isu ini juga telah menyebabkan ahli PAS sendiri keliru dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Namun, daripada soal selidik yang kami adakan, ternyata majoriti tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang diwar-warkan itu. Mereka sebolehnya mahu, kerajaan membuktikan keikhlasan dengan memulangkan kembali hak-hak rakyat Kelantan yang telah dirompak dan dikongkong oleh mereka. Jika tidak, maka tiada ertinya keikhlasan UMNO kerana mereka menzalimi rakyat selama ini].

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template