banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 29 May 2009

Isu KPFZ, SPRM didesak siasat segera - Salahudin Ayub-pas.org

Oleh : Wartawan Kita
Friday, 29 May 2009
KUALA LUMPUR, 29 Mei - Berikutan tindakan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng mengunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat aduan susulan laporan audit projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pagi ini, Salahuddin Ayob mendesak SPRM bertindak secepat mungkin dan profesional membuat siasatan berkenaan aduan tersebut.




Sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan tentang kos projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang meningkat kepada RM7.453 bilion termasuk faedah berbanding kos asal sebanyak RM1.957 bilion. Tidak termasuk faedah, projek itu kini bernilai RM3.522 bilion.


Malah menurut Ketua Pemuda PAS, kemungkinan kos projek PKFZ yang akan meningkat RM12.453 bilion itu telah lama dibangkitkan oleh ahli parlimen pembangkang semasa sesi bahas di parlimen semenjak tahun 2004.


"Sudah hampir lima tahun, ini merupakan isu besar yang berlaku di Selangor, malah lebih besar berbanding isu lembu (merujuk isu Menteri Besar Selangor)," ujarnya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.


"Inilah masanya, SPRM tunjukkan wibawanya menangani masalah berhubung amalan rasuah," tegas beliau merujuk kata Pengerusi PKA dan firma audit Price Waterhouse Coopers yang akan memberi kerjasama kepada SPRM dalam menjalankan siasatan.


Tambah beliau, kes ini merupakan salah satu daripada begitu banyak contoh yang mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan salah tadbir melibatkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan.


Dalam pada itu, semalam firma audit itu telah menyiarkan laporan bertajuk "Kajian Semula Kedudukan Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone Sdn Bhd" menerusi laman web PKAPricewaterhouseCoopers (PwC).


Datuk Lee, pagi tadi menemui Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad untuk tujuan tersebut.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template