banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 16 January 2012

Umno meleleh air liur, Hasse tak mau join Umno

Datuk Hasse  hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau selepas digugurkan dari PAS akan menyertai Umno.

Beliau  menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat panggilkan telefon dan SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasse turut menafikan dakwaan bahawa  berjumpa dengan  Presiden Umno Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasse yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno,sedangkan kita tahu Umno bukan Parti yg memperjuangkan Islam..

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.






0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template