banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 4 January 2012

Umno-Bn terus mempromosi kereta buruk..

(I) Walaupun kereta buruk anda dicat baru dan enjin baru di overhall ia tetap kereta buruk
dan anda tetap tidak yakin untuk melakukan perjalanan yg jauh.. walaupun anda cuba untuk melakukan perjalanan jauh..di kepala otak anda tetap memikirkan risiko bahawa kereta anda akan menghadapi kerosakan.

Jadi walaupun anda kekurangan duit..anda sedia merancang untuk menukar kereta buruk anda kepada yg baru..bagi mereka yg berduit,mereka menukar kereta bukan sahaja mahu melakukan perjalanan yg jauh tetapi juga kerana keselesaan dan minat pada model sesebuah kereta itu..

Kalau nak dibandingkan pengikut Umno dengan pengikut Pakatan terlalu jauh beza dari segi kenderaan..pengikut Umno masih suka kepada kenderaan lama..sukanya bukan apa..hanya kerana pengikut Umno ini kebanyakannya Orang-orang yang bodoh,pengecut,takut nak berubah, miskin,orang yg tidak suka bersusaha,pemalas dan hanya suka minta subsidi atau sedekah dari pemimpin mereka..jika mereka tukar kereta baru pun itu adalah hasil pemberian pemimpin mereka..

Berbeza dari pengikut pakatan yang rajin berusaha, berani mencuba dan tidak patah semangat walaupun gagal ia tetap berusaha sehingga berjaya..

**Berbeza perbualan antara pengikut pakatan dan pengikut umno dari segi perbualan..kalau berbual dengan pengikut pakatan..kita umpama mendapat ilmu yg baru, kalau ramai kita ajak berbual maka lebih banyak yg ilmu kita dapat...berbeza pula kalau kita berbual dengan pengikut umno..apa yg dibualkan hanyalah lingkungan "perigi"(istilah baru) tak lebih dari itu..terasa bodoh diri kita dan terasa cerdik pengikut Umno..


Bak kata pepatah orang umno ni tak ubah seperti katak dalam perigi..nampak cahaya bulat diluar perigi,ada bekalan air didalamnya dan ada nyamuk2 ia sudah cukup untuknya hidup..tak perlu keluar dari perigi dan tak perlu lihat dunia yg luas di luar..cukuplah apa yg ada di sekitaran.



Dan setengahnya tak ubah seperti katak didalam cermin yang dapat melihat dunia luar yang luas dan suka dengan pembangunan yg ada walaupun ia tak pernah menikmati pembangunan tersebut malah mereka makin terhimpit dengan kehidupan dan mereka tetap memilih jalan yg sebegitu..



(II) Di akhir-akhir ini kita melihat anak -anak muda yg inginkan perubahan,anak muda yg berani bangun melawan,anak muda yg boleh melihat masa hadapan yg lebih bagus jika pemerintahan yg ada sekarang diubah..anak-anak muda tidak mahu lagi dengan pemerintahan yg ada sekarang,anak muda tak mau kereta buruk,anak muda muda tak mau besi-besi buruk ini terus memerintah..bagi mereka besi yang buruk ini hanya banyak menimbulkan karat dan jika dibiarkan karat-karat ini akan terus merebak,jika dibiarkan..kemungkinan besar negara ini akan reput dan lama-lama jadi hancur..

(III) Bagi Umno-Bn mereka terus ingin mempertahankan tradisi lama,tradisi membodohkan rakyat,mencuri harta rakyat,menipu rakyat dan menindas rakyat walaupun dari golongan yg menyokongnya..sekarang Umno sudah sedar yg anak-anak muda tidak lagi meminati kereta buruk berlambang keris dan berlambang dacing, anak-anak muda telah tahu keburukan kereta itu dan anak muda telah tahu akibat jika kereta itu digunakan...

Jadi langkah Pemimpin Umno-Bn ambil ialah memperkenalkan dan mengecat semula kereta lama agar nampak baru.....kereta buruk yg telah di cat diusung kesana kemari diperkenalkan di sekolah,diperkenalkan dikampung-kampung..mereka menipu bahawa kereta ini adalah kereta baru,kereta ini lebih laju,kereta ini jimat minyaknya..Umno-Bn terus mempromosi kereta buruknya..ya umno masih berjaya dikampung-kampung,difelda-felda dan budak-budak yg blom boleh berfikir..mereka percaya itu adalah kereta baru,kereta itu canggih walaupun ada yg tak pernah tahu bentuk kereta itu..

Walauapapun diubahsuai terhadap kereta itu..ia tetap kereta buruk ia tkkan boleh diperbaharui lagi dan ia perlu diganti.

THINK BY CUPING MERAH

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template