banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Saturday, 3 December 2011

Hujah najib membuatkan Anwar terduduk dan sesak nafas



PERGH!! lastday perhimpunan agong umno ini betul betul membakar semangat najib,sebagai seorang pejuang melayu.
Najib seorang pahlawan sangat berani berdepan dengan musuh musuh politiknya terutama Dato Sri Anwar Ibrahim,
Today Najib telah menyerang Anwar Ibrahim habis -habisan di pengakhiran perhimpunan agong umno..di beritakan Anwar Ibrahim terduduk dan sesak nafas apabila mendengar hujah hujah Najib yang bernas lagi bermutu tinggi..

Dalam ucapan..beliau (najib) menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".

"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

"(Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.

Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.

"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.

"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya  sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.

Katanya lagi, ia berhubung dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.

"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.

Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.

"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.

"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib.
Beliau juga menyindir PKR sebagai parti anak beranak yang didakwanya mencatatkan rekod sejarah dunia bahawa "paling ramai pemimpin keluar parti".

Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati enam ahli parlimen dan lima ADUN termasuk peguam peribadinya bertindak keluar parti.

"Segala rahsia (dia) pada DAP. DAP ada segalanya, sebab itu, jalan berkepak, jalan lain macam sebab (rahsia) ada di tangan dia," katanya.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template