banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 26 January 2010

Tiada Tindakan Ke Atas Aduka - Rais Yatim



Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. - Bernama

7 comments:

Unknown said...

Salam cuping,
pasal kes hina Raja dia dah minta maaf ok,pasal kes menghina Isteri Rasulullah nak minta maaf kat sape?

Kenapa UMNO hanya membesarkan isu raja tapi tidak dgn isu Isteri Rasulullah.
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/padan-muka-dia.html

~PakKaramu~ said...

Salam

Jangan ulang lagi, jangan buat orang marah, pastikan anda mengenali pantang larang, sukurlah kepada Allah, buat apa susahkan diri

CUPING MERAH said...

terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata binasa..

aku harap dia bertaubat selepas ini

Unknown said...

Tengok rakaman penuh Himpunan Rakyat Kelantan Kat sini
http://ijoks2009.blogspot.com/2008/12/himpunan-perdana-28-jan-2010.html

Anonymous said...

Layari Neutral Daily 'Informasi Neutral Tanpa Kepentingan'

Jika sudi boleh linkkan di blog tuan.. terima kasih..
http://neutraldaily.blogspot.com/

hijabul crewz said...

raja dan isteri nabi..dua2 perlu dihormati...tetapi keutamaan adlh kpd isteri nabi...

dan jgn anda kata kes hina raja adlh kes remeh...sistem beraja d ngara kita adalah the last survivor of the khilafah system...

di sinilah sinar islam akn bangkit oneday, insyaAllah....tetapi rintangan tersangat la banyak...

uthmaniah dh tumbg, sultan d indon xde pe2 pon dlm pntdbiran d sana...
abbasiyah ??? umayyah ???mamluk ???
fatimiyyah ???

sume dah pupus,tinggal kita kt Malaysia jee....renung-renungkanlah...

ziarah my blog k...peace

Anonymous said...

salam tuan blog...link blog hamba...tq

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template