banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 11 November 2009

Mereka sedang pecahkan kita

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.
Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.

Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.

Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'.

Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo' dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.

2 comments:

ghostWRITER said...

yang nak PAS berpecah adalah dalaman PAS sendiri yang mula memberontak... Puak ni mau TGNA berundur...TAKBIR!!

cicitHJHASSANu said...

al-fitnatu asyaddu min al-qath...
kita kembali pada Al-Quran dan Sunnah nabi,yang baik kompom jelas dan yang jahat takde dah pun memang jelas....

mampos amenoo!!

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template