Angin-angin kemenangan Pakatan Rakyat sudah mula dirasakan di PRK Bagan Pinang,ini dijelaskan oleh seorang yang kenali sebagai "pengintip tepat pada sasaran".
Faktor yang utama adalah perlantikan Isa Samad sebagai calon DUN Bagan Pinang,yang tidak disenangi oleh pengundi-pengundi atas pagar dan lebih-lebih lagi penyokong Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini.
Khabarnya pengundi-pengundi atas pagar ini tidak sukakan Isa Samad ini kerana dia terpalit dengan gejala rasuah dan juga penjualan tanah hak-hak orang melayu miskin,dan tanah ini telah dijual kepada tauke-tauke luar yang kaya.
Penduduk-penduduk yang miskin belum terbela di zaman Isa Samad semasa menjadi Menteri Besar dahulu dan kini berlarutan sehingga ke Menteri Besar yang baru.
Isa Samad juga dikatakan banyak membuat projek-projek yang langsung tidak menguntungkan rakyat miskin disitu sebaliknya hanya menguntungkan individu tertentu sahaja.
Faktor kedua yang memperlihatkan penyokong-penyokong Mohamad Hassan, mereka tidak akan berdiam diri,walaupun Mohamad Hassan sendiri berdiam diri tetapi "orang kuat" Mohamad Hassan akan melakukan sesuatu demi menjaga ketua mereka sebelum tercabar.
Betul ke Mohamad Hassan berdiam diri?kemungkinan juga,demi mengelak dari sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan namanya atau mungkin juga dalam beberapa hari lagi dia akan membuat satu sidang akhbar bagi menyatakan sokongan penuh kepada Isa Samad sebagai calon DUN Bagan Pinang.
Permainan Isa Samad sudah dibaca awal-awal lagi oleh Mohamad Hassan,dia tahu orang tua ini akan mempergunakan apa saja termasuk wang dan pengaruh yang dia ada bagi merampas balik kerusi Menteri Besar yang disandang oleh beliau.
Beliau tahu pengaruh Isa amat kuat dan dikhabarkan jika Isa menang pada kali ini, kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan bakal bertukar pada tahun hadapan.Ramai penduduk dan pengundi tahu permusuhan antara Isa dan Mohamad Hassan.
Hakikatnya Mohamad Hassan perlu mengarahkan "orang kuatnya" untuk berkerja lebih keras, bukan hendak memenangi calon mereka tapi hendak menjatuhkan calon mereka
Faktor yang ketiga ialah pengundi Bagan Pinang adalah pengundi yang senang mendapat maklumat daripada luar,terutama Internet,kebanyakan pengundi Bagan Pinang tinggal dibandar dan pinggir Bandar,dan dengan sokongan padu pengundi cina dan india ini menambahkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di DUN tersebut
Walau apapun Pakatan Rakyat perlu berkerja lebih keras bagi menawan hati pengundi disitu.Kita tahu bukan mudah untuk Pakatan Rakyat memenangi di DUN tersebut. Tetapi angin kemengan suadah ada, kita perlu menang bergaya di kubu lawan.
4 comments:
pelik..tiap2 kali prk,kenapa umno ni sibuk nak cantas sama sendiri.Patut pun 7 kali prk 7 kali kaloh...
itulah kerja diaorang bergaduh sesama sendiri...
tapi bagus gak..ada kelebihan pada PR
AKAN MENERIMA NASIB KEKALAHAN YANG KE 8 KALI
pr tak sanggup menerima kekalahan untuk kali ini setelah menang 7 prk ,,,kekalahan yg bakal diterima pada 11okt2009 terlalu pahit buat pr untuk ditelan ,,,hakikatnya ialah isa sememangnya memiliki "aura" yg begitu kuat sekali di bagan pinang ,,,ini tidak dapat disangkal lagi ,,itu adalah kenyataan yg perlu diterima semua pihak ,,,zmo hanya sekadar ada "ura-ura" yg tak akan mendatangkan kemenangan buat pr yg hanya s.s. untuk menang ,,,
Post a Comment