banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday, 1 October 2009

1 MALAYSIA GAGAL


Sejak menjadi Perdana Menteri 3 April lalu, Datuk Sri Najib telah menghebahkan konsep 1 Malaysia keseluruh Negara.Konsep itu kononya mampu menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa.


Ramai yang sangsi kerana setiap konsep yang dibawakan oleh pemimpin Umno-BN biasanya lebih bersifat bermusim.


Dr Mahathir dengan wawasan 2020 dan Pak Lah dengan Islam Hadhari.Setelah kedua-duanya berundur maka konsep yang dibawa mereka seolah-olah menjadi bahan sejarah.


Namun agak malang bagi konsep 1 Malaysia,ia telah diragui oleh banyak pihak hanya dua bulan setelah dilancarkan.


Biasanya penyatuan bangsa didahulukan dengan penggunaan satu bahasa.Ini dilakukan oleh kebanyakan negara seperti Indonesia,Korea Selatan,Jepun dan sebagainya.Sebaliknya Malaysia menganjurkan polisi penyatuan bangsa dengan meliberalisasikan polisi bahasa.


Usaha yang dilakukan Najib tidak akan berjaya jika mengenepikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.


Konsep 1 Malaysia sukar untuk berjaya.Tampa sesuatu bahasa ia tidak akan bermakna apa-apa.Sebaliknya bahasa utama yang digunakan di negara ini telah menjadi tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,Inggeris dan Rojak.


Sepatutnya bahasa Melayu menjadi teras utama perpaduan sesuai dengan apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negara.


Kita mempersoalkan semangat memperjuangkan bahasa Melayu dikalangan pemimpin Umno yang sering memperjuangkan hak ketuanan Melayu.Malangnya mereka mengagungkan ketuanan Melayu ini tidak pula membela bahasa sendiri.


Bahasa Melayu semakin pupus di bumi Malaysia melalui dasar Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI)dan dasar mewajibkan lulus Bahasa Inggeris didalam peperiksaan SPM.


Sementara itu,tindakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas membelakangkan Bahasa Melayu menggadaikan nasib pelajar luar Bandar apabila mencadangkan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.


Pelajar luar bandar sukar memahami subjek Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.Kini ditambah pula kelulusan wajib mata pelajaran bahasa Inggeris dalam SPM.


Masalahnya pelajar-pelajar diluar bandar yang bukan dari keluarga berpendidikan Bahasa Inggeris akan tercicir dan ketinggalan.Gagal SPM bermakna sukar untuk meneruskan ke pendidikan yang lebih tinggi.


Secara umumnya guru-guru merasa cemas dengan tindakan Kementerian Pelajaran ini.Pelajar yang sukar mengikuti pelajaran dalam Bahasa Inggeris agak banyak.


Konsep 1 Malaysia semakin menjadi tidak praktikal apabila dihitung jurang pendapatan berasaskan kaum di Malaysia.Sebelum semua kaum boleh berkerjasama taraf ekonomi mestilah dirapatkan.


1 Malaysia tidak akan bermakna jika taraf hidup masih terdapat jurang yang luas.Cina masih menguasai ekonomi,India ditempat kedua dan Melayu adalah bangsa yang paling bawah.


Jurang ekonomi masih besar bagaimanakah bangsa-bangsa ini boleh bersatu dalam konsep tersebut?


CUPING : Selagi Melayu tak nak berubah..maka selagi itulah Melayu akan terus kebelakang.


PESANAN BUAT ORANG MELAYU YANG INGIN MAJU KEHADAPAN GUNAKANLAH SLOGAN INI..

"BACK TO PAST OR MOVE TO PAS"

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template