banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 1 September 2009

UMNO PEJUANG KEMERDEKAAN..????


Umno bukanlah pejuang tulen kemerdekaan negara,sebaliknya pejuang awal bagi kemerdekaan ini ialah golongan nasionalis yang berhaluan kiri,seperti parti kebangsaan melayu muda(PKMM) dan parti kominis Malaya(PKM).
sejarah tersebut termaktub kerana penubuhan Umno itu sendiri bukanlah untuk pejuang menuntut kemerdekaan,tetapi lebih kepada menentang malayan Union untuk mengembalikan kuasa Sultan.
Pemimpin Umno sering menggembar-gemburkan seolah-olah mereka adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Umno lebih menekankan slogan'hidup melayu' semasa zaman Dato' ON dahulu selama beberapa tahun,sebelum bertindak menukarnya kepada 'merdeka'.
Jika dilihat pada sejarah,Umno bukanlah pejuang tulen menuntut kemerdekaan.Ini kerana golongan yang lebih awal menuntut kemerdekaan ialah golongan nasionalis seperti PKMM,Angkatan Muda Insaf(API) yang diketuai Ahmad Boestaman,Angkatan Wanita Sedar(AWAS)yang diketuai Shamsiah Fakeh dan juga PKM.
Umno hanya menuntut kemerdekaan apabila Tuanku menjadi Presiden parti.
Tidak benar jika Umno mendakwa mereka pejuang tulen kemerdekaan,sedangkan terdapat kumpulan lain yang terlebih dahulu memperjuangkannya.namun dalam masa sama tidak  menafikan Umno memberi sedikit sumbangan kearah itu

1 comments:

Unknown said...

Blog aku yang no 2 dah siap, jemputlah datang kasi meriah sikit
http://kakipolitik.blogspot.com/

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template