banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday 27 September 2009

kenyataan Dato Dr Hasan Ali hanyalah satu pandangan - Teng Chang Kim



Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Kim menyifatkan isu perbicaraan awam Selcat yang digembar-gemburkan adalah propaganda Barisan Nasional.


Katanya, pendengaran awam yang dijalankan oleh Selcat adalah secara professional dan bukan untuk menyinggung perasaan pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas.


“Mungkin ada unsur-unsur propaganda dalam perkara ini tetapi yang harus rakyat faham ialah bahawa cara kita mengedalikan Selcat ini adalah mengikut amalan dan piawai komanwel dan piawai yang dilakukan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat…seperti kita melihat kepada rakaman Selcat sendiri..tidak ada banyak beza, guna bahasa Malaysia dan Negara barat lain bahasa Inggeris,” katanya.


Teng yang ditemui TVSelangor di pejabatnya hari ini juga menjelaskan, tiada sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.


“Saya rasa itu bukan masalah Pas dengan Dap, cuma individu tertentu sahaja, saya nampak tak ada masalah dalam hubungan dan kerjasama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat Selangor ini,” katanya.


Katanya, kenyataan Dato Dr Hasan Ali hanyalah satu pandangan untuk menambahbaik perjalanan Selcat dan bukan untuk menjatuhkan Selcat.


Namun jelas Teng yang juga Speaker Dewan Negeri, isu ini sengaja di perbesarkan dan dipolitikkan pihak tertentu.


“Tidak ada masalah dalam Pakatan Rakyat dalam isu ini, cuma ada sesetengah pihak cuba mempolitikkan perkara ini. Sebenarnya, Selcat ini harus dilihat dari segi perlembagaan, amalan palimen dan pentadbiran dan tidak harus dipolitikkan,” katanya.

 TOK GURU BERKATA..


Mengenai kemelut kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor termasuk dakwaan Pas negeri itu sedia meneliti kedudukannya dalam pakatan berkenaan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap isu itu tidak menjejaskan Pakatan Rakyat di Selangor dan mendakwa ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu.
“Yang buat desakan keluar ini orang lain, bukan dari Pakatan Rakyat, saja dia adu domba… orang Pakatan Rakyat ini sudah akil baligh dan cerdik semua, kalau betul nak keluar itu dia punya pasal, apa boleh buat, tapi ini sengaja nak melaga-lagakan.”

ORANG KUAT BERKATA


kedudukan kakitangan kerajaan di negara kita boleh diibaratkan seperti telor dihujung tanduk serta laksana pepatah Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapak. Untuk terus berpegang teguh pada prinsip hidup dan istiqomah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta berkesan memerlukan mahar serta pengorbanan yang amat tinggi.

Secara teori, kakaitangan kerajaan tertakluk kepada semua arahan dalam Perintah Am Bab D, arahan Perbendaharaan serta arahan ketua jabatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Namun, realitinya Ketua Jabatan serta kakitangan kerajaan lebih banyak akur kepada arahan "Parti Pemerintah" atau "government of the day".

Kita maklum, kerajaan Barisan Nasional telah memerintah Kerajaan Pusat selama 52 tahun. Barisan Nasional telah menguasai dan memanipulasi kesemua agensi kerajaan bagi tujuan politik, khususnya puak UMNO untuk terus berkuasa pada waktu yang sama menimbun kekeyaan peribadi serta kroni mereka.

Di sinilah para pegawai serta kakitangan kerajaan tersepit. Kebanyakan mereka terpaksa mengikut rentak irama serta tarian ahli politik UMNO atas alasan "demi menjaga periuk nasi". Perintah Am Bab D atau apa jua peraturan Jabatan terpaksa diketepikan demi "survival keluarga" yakni untuk mengelak dari dipindah ke pedalaman, mencegah laporan prestasi kurang baik sekaligus agar tangga gaji naik melintang, supaya mendapat laporan cemerlang bagi tujuan penganugerahan pangkat Istana dan seribu satu macam alasan peribadi yang lain.

Terdapat juga kakitangan kerajaan yang telah mengikut gaya ahli politik UMNO seperti menerima rasuah secara tersembunyi ( "in kind") dan tidak langsung ( bukan "in cash") seperti untuk mendapat kelulusan seorang pegawai kerajaan, pelanggan (rakyat) terpaksa menampung kos menukar tayar kereta atau memasang aksesori kereta pegawai yang berkenaan.

Dalam isu SELCAT Selangor, yang terpaksa menjawab dan berdepan dengan ahli SELCAT ialah para pegawai kerajaan seperti Pegawai Daerah (DO) , Pen Pegawai Daerah (ADO), Ketua Penolong Pegawai Daerah (KADO) dan kakitangan sokongan. Pihak yang mengarah serta mendesak penyalahgunaan serta penyelewengan peruntukan DUN ialah ADUN Barisan Nasional. Agen yang membuat kerja mempercepatkan proses pengeluaran peruntukan ialah para pegawai Kerajaan.

Demi keadilan seharusnya semua pihak yang terlibat harus dihadapkan ke Pendengaran SELCAT. Inilah yang diutarakan oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam.

4 comments:

zali said...

ayat power hassan ali : 'Demi
keadilan seharusnya SEMUA pihak
yang terlibat harus dihadapkan ke
Pendengaran SELCAT'


kita tunggu selcat prosiding kes
orang pr pulak...jangan cuma tahu
salahguna selcat sebagai
jentera/senjata pilihanraya untuk
pr je...

rakyat bukan bodo!

1 malaya said...

betul tu cik Zali

aku sokong jangan orang BN je yang kena,si gagap tu banyak rasuah ape cerita..

CUPING MERAH said...

SELCAT TU DITUBUHKAN UNTUK SIASAT ORANG BN JERR..

PR TAK KENA..KAH..KAH..KAH

Anonymous said...

Terdapat juga kakitangan kerajaan yang telah mengikut gaya ahli politik PAKATAN RAKYAT seperti menerima rasuah secara tersembunyi ( DALAM KAIN PUYEEE) dan tidak langsung ( bukan DEPAN PUYEEE) seperti untuk mendapat kelulusan seorang pegawai kerajaan, pelanggan (rakyat) terpaksa menampung kos menukar SELERA BINI MUDA atau memasang BENEE YANG BESAAR UNTUK TUNJUK KEALIMAN PEMIMPIN PELIWAT yang berkenaan.

hehehehehehe...
jangan SELCAT kawe dehhh..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template